UiTM Kampus Kuala Pilah

(Dilencongkan dari Kampus UiTM Kuala Pilah)

UiTM Kampus Kuala Pilah merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. Kampus ini ditubuhkan di Kuala Pilah pada bulan Jun 1999, menjadikannya kampus cawangan terbaru untuk negeri di Malaysia dan terakhir untuk UiTM pada ketika itu. Kini, Kampus Kuala Pilah merupakan kampus induk bagi UiTM Cawangan Negeri Sembilan di samping Kampus Seremban dan Kampus Rembau.

frames
frames

Sejarah sunting

Kampus sementara UiTM Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999 dengan mengambil alih Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur, Kementerian Pertanian di Jalan Melang, Kuala Pilah. Pengambilan kumpulan pertama pelajar sesi Jun 1999 ialah seramai 166 orang. Kampus ini hanya menawarkan Program Pra-Diploma Sains.

Projek pembinaan kampus tetap UiTM Cawangan Negeri Sembilan pada kawasan seluas 160 ekar di Mukim Parit Tinggi telah dimulakan pada 13 Mac 2007. Majlis pecah tanah telah dirasmikan pada 23 Ogos 2007 oleh Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia. Pada akhir 2009, serahan tapak telah dilakukan antara pihak kontraktor dan UiTM.

UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Beting mula beroperasi 1 Jun 2009 dengan 2 program Ijazah, 4 program Diploma dan program Pra Sains. Semester Julai 2010 menyaksikan pertambahan 1 program Diploma Pengurusun Perniagaan dan program Pra Perdagangan. Berikutan pembukaan kampus baru di Jasin, Diploma Pengurusan Perladangan dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perladangan dan Agroteknologi akan dipindahkan ke sana pada tahun 2014. Walaubagaimanapun ,UiTM Cawangan Negeri Sembilan dalam perangkaan membawa masuk satu program baru ke kampus ini pada tahun 2014 seperti Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan (AS246) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia (AS202), sekitar September 2013.

Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan akan membuka satu lagi kampus di negeri ini dan secara rasmi setelah siap dibina. Kampus cawangan UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang terbaharu terletak di Seremban 3 akan memulakan operasi pada tanggal 18 Januari 2014. Ia akan menempatkan seramai 5000 orang pelajar dari 3 fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Matematik dan Komputer dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Sebanyak 50% dari keseluruhan jumlah pelajar, iaitu sebanyak 2500 orang akan disediakan kemudahan tempat tinggal. Ini bermakna selebihnya iaitu 2500 orang lagi akan tinggal di luar kampus. Kampus Rembau merupakan kampus bongsu UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang menempatkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.

Visi sunting

Menjadikan UiTM Negeri Sembilan sebagai universiti yang unggul dalam bidang pengajaran dan pembelajaran berteraskan budaya kesarjanaan dan keusahawanan bagi melahirkan graduan bumiputera yang beretika, holistik dan global.

Misi sunting

Mengukuhkan pengurusan dan mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera menerusi program-program yang ditawarkan melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, penyelidikan, inovasi serta khidmat masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Objektif Kualiti sunting

  1. Mensasarkan 40% daripada bilangan pelajar diploma dan ijazah sarjana muda sepenuh masa mendapat HPNG 3.00 dan ke atas setiap semester
  2. Mensasarkan 30% daripada bilangan pelajar pra diploma layak ke peringkat diploma selepas 1 semester
  3. Memastikan nisbah 1:20 pensyarah terhadap pelajar sepenuh masa
  4. Memastikan bilangan staf akademik dengan kelayakan PhD seramai 10 orang pada tahun 2015
  5. Memastikan 5 penyelidikan baru berdaftar setiap tahun
  6. Memastikan staf akademik terlibat dalam penulisan pada kadar 20% setiap tahun
  7. Memastikan 70% staf melibatkan diri dalam aktiviti pelajar atau kemasyarakatan sekurang-kurangnya 1 kali setahun
  8. Memastikan 90% pelajar diploma dan ijazah bergraduat dalam tempoh masa pengajian yang ditetapkan

Kampus Melang sunting

UiTM Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999 di Bangunan Pertanian NST yang terletak di Jalan Melang di daerah Kuala Pilah. Kampus tetap Beting telah beroperasi pada Jun 2009. Sejak dari tarikh tersebut kampus Melang tidak lagi beroperasi sehingga Julai 2010. Oleh kerana kampus Beting tidak dapat menampung pelajar maka kampus Melang dibuka semula.

Di kampus Melang terdiri dari 22 buah asrama rumah banglo. Satu-satu banglo boleh memuatkan 12 hingga 28 orang pelajar. Untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran kampus Melang mempunyai 10 bilik kuliah. Sembilan daripadanya dilengkapi dengan LCD projector. Kesemua bilik kuliah dilengkapi dengan penghawa dingin.

Kampus Melang juga menyediakan kemudahan kafe dan sebuah kedai runcit yang beroperasi dari pagi hingga malam. Terdapat sebuah surau yang boleh menampung jemaah seramai 120 orang. Untuk tujuan beriadah pelajar-pelajar boleh bermain futsal di padang futsal.Seiring dengan perkembangan teknologi, pelajar-pelajar boleh melayari Internet dengan adanya 4 Akses Point kemudahan Wifi di lokasi wakaf, surau dan kafe.

Kemudahan di Kampus Beting sunting

Blok Akademik sunting

  1. Makmal Sains (32 makmal) (kapasiti: 30 pelajar/ makmal)
  2. Makmal Komputer (4 makmal) (kapasiti: 60 pelajar/makmal)
  3. Makmal Bahasa (2 makmal) (kapasiti: 60 pelajar/makmal)
  4. Bilik Seminar (7 bilik) (kapasiti: 80-100 pelajar/bilik)
  5. Bilik Kuliah (33 bilik) (kapasiti: 40-60 pelajar/bilik)
  6. Dewan Kuliah kapasiti 100 (1 dewan)
  7. Dewan Kuliah kapasiti 200 (1 dewan)
  8. Pejabat Unit Pengurusan Ladang

Makmal Sains sunting

  1. Makmal Biologi (Berada di aras 5)
  2. Makmal Kimia (Berada di aras 6)
  3. Makmal Fizik (Berada di aras 4)
  4. Makmal Teknologi Makanan (Berada di aras 2)
  5. Makmal Mikrobiologi (Berada di aras 3)
  6. Makmal Biokimia (Berada di aras 3)
  7. Makmal Mikologi (Berada di aras 3)
  8. Makmal Virologi (Berada di aras 3)
  9. Makmal Tekstil (Masih dalam perancangan)

Kolej Kediaman sunting

  1. Pejabat Unit Pengurusan Kolej dan Non Resident (UPKNR)
  2. 10 Buah Blok (6 Blok Seri Menanti dan 4 blok Sri Pilah) (250 Pelajar setiap blok)
  3. Anjung Seri Perpatih (Dewan makan)
  4. Mini Market
  5. Pusat Islam (Surau)
  6. Kemudahan Wi-Fi
  7. Dataran Ilmu
  8. Rumah Pegawai Pembangunan Pelajar
  9. Pusat Pengumpulan Sampah
  10. Rumah Majlis Perwakilan Pelajar
  11. Bilik Televisyen

Cafeteria sunting

  1. Kafeteria Anjung
  2. Kafeteria Bangunan HEP

Kemudahan Sukan sunting

  1. Padang Bola Sepak
  2. Gelanggang Bola Tampar
  3. Gelanggang Badminton
  4. Gelanggang Bola Keranjang
  5. Gimnasium (Terletak Di Padang)

Kemudahan Mesin ATM sunting

  1. Bank Islam
  2. RHB Bank

Hal Ehwal Akademik sunting

Pengenalan sunting

Bahagian Hal Ehwal Akademik ditubuhkan bersama dengan kewujudan UiTM Cawangan Negeri Sembilan pada 1 Jun 1999 yang beroperasi di Kampus Sementara di Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur, Jalan Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Diperingkat awal, UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah menawarkan dua program ialah Program Pra Sains dan Pra Perakaunan dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar seramai 166 orang.

Pada tahun 2001, UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah menambah dua lagi kursus iaitu Kursus Diploma Komputer Sains dan Kursus Diploma Sains. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, kursus Diploma Komputer Sains dan Diploma Sains telah dipindahkan ke UiTM Shah Alam dan Kursus Pra Perakaunan telah di pindahkan ke UiTM Pahang. Kini, UiTM Negeri Sembilan hanya menawarkan Program Pra- Diploma Sains sahaja dan dalam usaha meningkatkan prestasi para pelajar Pra-Diploma Sains di UiTM Cawangan Negeri Sembilan.Terdapat pertambahan fakulti yang akan ditempatkan di Kampus Seremban. Antaranya ialah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Matematik dan Komputer, dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah hanya menawarkan program-program berikut:

Fakulti Sains Gunaan sunting

  1. Diploma Mikrobiologi (AS114)
  2. Diploma Teknologi Makanan (AS116)
  3. Diploma Teknologi Tekstil dan Pakaian (AS122)
  4. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi (AS201)
  5. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia (AS202)
  6. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia dengan Pengurusan (AS222)
  7. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains dan Teknologi Makanan (AS246)
  8. Pra Diploma Sains (PD007/PD008)

Akademi Pengajian Islam Kontemporari

  1. Diploma Pengurusan Halal (IC120)


Visi sunting

Menjadikan bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Negeri Sembilan sebagai satu bahagian yang unggul dalam menguruskan dan melaksanakan aktiviti akademik yang berteraskan kecememerlangan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi sunting

Memberi khidmat professional kepada program yang ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan bagi melahirkan generasi Profesional Bumiputra yang berilmu, berinovatif, beriltizam, bertaqwa serta berdaya saing yang berlandaskan nilai-nilai murni dan beretika serta mampu meneraju pembangunan negara.


Piagam Pelanggan

"KAMI BERJANJI UNTUK TERUS MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERKESAN, CEKAP DAN TEPAT DENGAN MESRA KEPADA PELAJAR, PENSYARAH, IBUBAPA DAN PELANGGAN KAMI."

Tugas-tugas bahagian akademik pelajar. sunting

  1. Pentadbiran Am
  2. Rekod Pelajar
  3. Peperiksaan

Perpustakaan Tun Abdul Razak sunting

Pengenalan Perpustakaan Tun Abdul Razak sunting

Perpustakaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999 di kampus sementara bertempat di Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur Jalan Melang Kuala Pilah. Perpustakaan ini kemudiannya berpindah ke kampus tetap UiTM di Pekan Parit Tinggi pada 2 Jun 2009. Sempena perpindahan ini, pihak pengurusan Perpustakaan UiTM Shah Alam telah memberikan nama perpustakaan UiTM ini sebagai Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan. PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan terletak di Aras 1 dan 2 Bangunan Akademik Fakulti Sains Gunaan. Pada masa kini, koleksi perpustakaan berjumlah 12,000 naskah berfokus kepada program-program pengajian utama yang dijalankan di sini antaranya sains gunaan, perladangan dan agroteknologi serta pengurusan perniagaan. PTAR kini boleh menampung kapasiti pengguna seramai 600 orang pada satu masa.

Visi sunting

Menjadikan Perpustakaan UiTM yang unggul sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secra fizikal dan maya.

Misi sunting

Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong pembelajran dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM.

Piagam Pelanggan PTAR UiTM Negeri Sembilan sunting

  1. Mengambil tindakan ke atas cadangan dan pesanan buku daripada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
  2. Memastikan setiap jurnal/majalah baru boleh dirujuk dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan
  3. Memastikan pendaftaran pengguna Pusat IT dilakukan dalam tempoh dua (2) minit
  4. Bahan segera (3 judul) siap diproses dan dihantar ke rak dalam tempoh dua (2) hari bekerja
  5. Pinjaman dan pemulangan buku dapat dilakukan dalam masa dua (2) minit bagi setiap buku
  6. Mengendalikan Program Pendidikan Pengguna dari setiap permohonan warga UiTM

Majlis Perwakilan Pelajar sunting

1. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2012/2013 telah ditubuhkan sejak awal bulan Oktober 2012. Seramai enam orang telah terpilih menjadi MPP Sesi 2012/2013. Atas dasar demokrasi, Muhammad Azam bin Mohd Isha telah terpilih menjadi Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013. MPP Sesi 2012/2013 telah diklasifikasikan kepada tiga jabatan iaitu Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Kebajikan & Khidmat Mahasiswa serta Jabatan Skolastik & Jaringan Industri.

Selepas perbicangan Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif, setiap daripada enam orang MPP telah memegang dua exco setiap seorang kecuali Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat. YDP telah memegang Exco Pentadbiran, Perundangan & Etika serta Exco Komunikasi Korporat. Naib Yang Dipertua (NYDP) telah memegang Exco Informasi & Pembangunan ICT serta Exco Inovasi dan Kualiti. Setiausaha Agung memegang Exco Penempatan Kolej & Non-Resident (NR) diikuti oleh Bendahari Kehormat memegang Exco Keusahawanan & Bantuan Kewangan. Penolong Naib Yang Dipertua 1 (PNYDP 1) memegang Exco Kerohanian & Pembangunan Insan serta Exco Sukan & Kebudayaan. Manakala Exco Akademik & Kerjaya serta Exco Aduan Kemudahan & Pengangkutan telah dipegang oleh Penolong Naib Yang Dipertua 2 (PNYDP 2).

Setiap Exco akan dibantu oleh dua orang Sekretariat yang telah ditemuduga MPP. Enam orang MPP bersama 20 orang Sekretariat telah membentuk sebuah organisasi MPP yang baharu berdasarkan tiga objektif iaitu Kesepaduan, Kebajikan dan Pembangunan Insan. Berteraskan tiga objektif utama ini, maka tercetuslah moto Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2012/2013 iaitu “Pembangunan Insan Berteraskan Kesepaduan Dan Keprihatinan”.


2. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Cawangan UiTM Negeri Sembilan Kampus Pekan Parit Tinggi sesi 2013/2014 telah ditubuhkan pada bulan Disember 2013. Seramai 4 orang telah terpilih menjadi Majlis Tertinggi MPP sesi 2013/2014. Atas dasar demokrasi, Mohomad Firdaus Bin Md Tahir dari Fakulti Sains Gunaan telah terpilih sebagai Yang Dipertua (YDP) MPP bagi sesi kali ini. Manakala Naib Yang Dipertua (NYDP) adalah Fatin Nabilah bt Mohd Anwar daripada Fakulti Perniagaan. Setiausaha Agung (Su/A) adalah Siti Zafirah bt Samat daripada Fakulti Sains Gunaan dan Bendahari Kehormat (BK) pula adalah saudari Nurhafizah bt Shahru Alzaman daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan.

Sebanyak 10 sekretariat telah ditubuhkan iaitu Sekretariat Eksekutif Pentadbiran, Perundangan dan Etika, Sekretariat Eksekutif Penempatan Kolej & Non-Resident dan Sekretariat Eksekutif Aduan Kemudahan & Pengangkutan yang dipegang oleh YDP MPP. Manakala Sekretariat Eksekutif Komunikasi Korporat, Sekretariat Eksekutif Akademik & Kerjaya, Sekretariat Eksekutif Sukan & Kebudayaan di pegang oleh Naib Yang Dipertua. Setiausaha Agung pula hanya memegang Sekretariat Eksekutif Informasi & Teknologi. Bagi Sekretariat Eksekutif Keusahawanan & Bantuan Kewangan, Sekretariat Eksekutif Kerohanian & Pembangunan Insan, serta Sekretariat Eksekutif Inovasi, Kualiti & Gerakan Khas pemangkunya ialah di bawah Bendahari Kehormat.

Setiap eksekutif dibantu oleh dua orang sekretariat yang telah ditemu duga dengan ini telah menjadikan jumlah organisasi MPP keseluruhannya adalah seramai 25 orang. Objektif MPP untuk sesi ini ialah merangkumi Insaniah, Minda kelas pertama, Perpaduan, Keseimbangan dan Kebajikan (IMPaKK). Manakala moto MPP sesi baru ini ialah VERSATIL, ILTIZAM & ISTIQAMAH.

Sebarang cadangan serta maklum balas, anda bolehlah terus ke laman sosial MPP iaitu Facebook; MppUiTMn9, Twitter; MPPUITMNS dan diikuti juga Instagram; mpp_uitmns.

Pusat Kesihatan Pelajar sunting

Pengenalan sunting

Unit Kesihatan UiTM Negeri Sembilan telah memulakan perkhidmatannya pada 17 Ogos 2009 untuk mengendalikan perkhidmatan kesihatan kepada semua warga kampus. Sebelum ini kampus UiTM di Jalan Melang Kuala Pilah yang menempatkan lebih kurang 200 orang pelajar digunakan. Namun pada masa itu tiada kemudahan unit kesihatan kerana bilangan pelajar yang agak kecil serta lokasi kampus yang berhampiran dengan hospital dan Klinik Kuala Pilah. Mulai bulan Jun 2009 Kampus Baru UiTM Negeri Sembilan telah mula dibuka dan digunakan di Beting Kuala Pilah. Di kampus baru, Unit Kesihatan telah diberikan sebuah bangunan untuk menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan.Unit Kesihatan ini terletak di bawah pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Perkhidmatan sunting

  1. Memberikan keperluan rawatan perubatan kepada semua pelajar.
  2. Merujuk kes-kes kecemasan ke Hospital atau Klinik Kesihatan yang berhampiran.
  3. Merujuk kes-kes tertentu kepada Pakar di Hospital melalui temujanji.
  4. Memberikan khidmat nasihat dan kaunseling perubatan kepada pelajar/pesakit.
  5. Memberikan keperluan rawatan perubatan kepada staf (kes kecemasan).
  6. Memberikan perlindungan perubatan (standby).

Kemudahan yang disediakan sunting

  1. Bilik pengasingan / Wad Sementara :
  2. 4 katil - Siswi
  3. 4 katil - Siswa
  4. Perkhidmatan sebuah ambulan.
  5. Menyediakan surat jaminan rawatan pelajar ( Guarantee Letter ).
  6. Peti pertolongan cemas untuk aktiviti khas pelajar dan staff.
Pautan luar