UiTM Kampus Tawau

(Dilencongkan dari Kampus UiTM Tawau)

Kampus UiTM Tawau merupakan salah satu daripada kampus kota Universiti Teknologi MARA yang terletak di negeri Sabah, Malaysia. Ia dibuka pada akhir tahun 1996 untuk menampung pertambahan pelajar di kampus UiTM Kota Kinabalu.

•UiTM Kampus Tawau mula beroperasi pada Disember 1996 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Razak pada 10 Jun 1997. Bersempena majlis perasmian tersebut UiTM Kampus Tawau diisytiharkan sebagai Kampus Kota dari segi perlaksanaan operasinya. Sehingga kini UiTM Kampus Tawau merupakan “Feeder Campus” untuk kursus-kursus diploma yang ditawarkan oleh UiTM seluruh Malaysia khususnya UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.


Pada awal penubuhannya sehingga penghujung tahun 1996, UiTM Kampus Tawau telah beroperasi di Bangunan MAA, Jalan Bunga Raya, Tawau. Pada tahun 2006 UiTM Kampus Tawau telah berpindah dan beroperasi di Bangunan Hup Foh, Bandaran Baru, Jalan Baru Tawau. Sebelum ini, Bangunan Hup Foh merupakan kolej kediaman pelajar sahaja bersama Unit Keselamatan UiTM dan Unit Kolej.


Kampus tetap terletak di Batu 26, Jalan Apas, Balung, Tawau. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (Menteri Pendidikan ketika itu) iaitu pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, pembinaan Kampus Tawau di Balung hanya dimulakan pada Mac 2009 dan telah siap pada Oktober 2011. Semenjak itu, UiTM Kampus Tawau telah beroperasi di kampus tetapnya seperti di alamat berikut:-

  KM 36 Apas Balung

frames
frames

  Peti Surat 61372

  91032 Tawau, Sabah

Tel No: 089-951611 / Fax No: 089-951644

Antara kursus yang ditawarkan oleh UiTM Kampus Tawau ialah Program Pra-Perdagangan, Program Pra-Sains dan yang akan datang Program Diploma Perniagaan ( Pengangkutan ) dan Program Diploma Perladangan.