Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan

Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan ialah kamus ekabahasa bahasa Melayu yang disusun oleh Zainal Abidin Safarwan dan diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd pada tahun 1995. Pada 1996, kamus ini yang merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama untuk mencecah 100,000 kata masukan menjadi pemenang Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia. Setakat ini, kamus ini merupakan kamus bahasa Melayu yang paling banyak menyenaraikan ungkapan.[1]

Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan
Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan

Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan pada hakikatnya ialah edisi baharu Kamus Sinonim yang disusun oleh Zainal Abidin pada 1984. Oleh sebab tambahan pada senarai kata masukan dan maknanya adalah sekali ganda, maka penerbit Utusan Publications & Distributors menyifatkan kamus itu sebagai sebuah kamus baharu lalu memberikannya judul yang baharu. Semua perkataan dan ungkapan yang dijadikan kata masukan dan maknanya diambil daripada bahan bahasa Melayu yang digunakan dalam tulisan dan lisan. Ini terdiri daripada bahasa Melayu Klasik dan semasa, dan mencakupi bahasa Melayu yang digunakan di Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura.

Kandungan sunting

Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan mengandungi: [1]

  • 100,000 lebih kata masukan serta homonim;
  • Hampir 500,000 sinonim dan antonim;
  • 20,000 lebih ungkapan lama dan baharu serta ungkapan seerti;
  • Himpunan peribahasa laman dan moden, serta peribahasa seerti dari seluruh Nusantara; dan
  • Hampir 1,000,000 patah perkataan Melayu.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Haji Zainal Abidin Safarwan. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995). Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. ISBN 967-61-0572-4