Kancah Operasi Eropah, Tentera Darat Amerika Syarikat

Kancah Operasi Eropah, Tentera Darat Amerika Syarikat (ETOUSA) adalah sebuah formasi Tentera Darat Amerika Syarikat yang mengarah operasi Tentera Darat AS di bahagian-bahagian Eropah dari tahun 1942 hingga 1945. Ia merujuk kepada operasi Angkatan Tempur Tentera Darat, Angkatan Udara Tentera Darat, dan Angkatan Perkhidmatan Tentera Darat di utara Itali dan pesisiran Mediterranean, dalam Kancah Eropah Perang Dunia II. Ia bersempadan di selatan oleh Kancah Operasi Afrika Utara, Tentera Darat AS (NATOUSA), yang kemudian menjadi Kancah Operasi Mediterranean (MTOUSA).

Kancah Operasi Eropah,
Tentera Darat Amerika Syarikat
(ETOUSA)
Aktif1942–45
NegaraAmerika Syarikat Amerika Syarikat
CawanganBendera Tentera Darat Amerika Syarikat Kenteteraan Amerika Syarikat
JenisKancah Ketenteraan
PerananMarkas Besar
Sebahagian daripadaJabatan Perang
Angkatan Ekspedisi Bersekutu
Nama samaran"ETOUSA"
PeringatanHari V-E (8 Mei)
KempenPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Dwight D. Eisenhower
Frank Andrews
Jacob Devers

Istilah kancah operasi telah ditakrifkan dalam manual medan Tentera Darat AS sebagai kawasan darat dan laut yang di serang atau dipertahankan, termasuk kawasan-kawasan yang diperlukan bagi insiden aktiviti pentadbiran untuk operasi ketenteraan. Selaras dengan pengalaman Perang Dunia I, ia biasanya dibayangkan sebagai satu kelompok tanah besar dimana operasi terus menerus akan berlaku dan dibahagikan kepada dua kawasan utama-iaitu zon pertempuran, atau kawasan aktif bertempur, dan Zon Komunikasi, atau kawasan yang diperlukan untuk mentadbir kancah. Sewaktu kemaraan tentera, kedua-dua zon ini dan kawasan yang ia dibahagikan akan beralih depan ke kawasan kawalan geografi yang baru.[1]

Para pegawai utama tentera AS di Eropah, 1945

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Blanche B. Armfield, M.A., Prepared and published in 1963 under the direction of Lieutenant General Leonard D. Heaton The Surgeon General, United States Army. "Medical department United States Army in World War II: Chapter VII: Prewar Army Doctrine for Theater". history.amedd.army.mil.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting