Kancah Pasifik Barat Daya (Perang Dunia II)
Kancah Pasifik Barat Daya, semasa Perang Dunia II, ialah satu kancah utama diantara Pihak Sekutu dan Jepun. Ia meliputi Filipina, Hindia Timur Belanda (kecuali Sumatra), Borneo, Australia dan mandatnya seperti New Guinea (termasuk Kepulauan Bismarck) dan bahagian barat Kepulauan Solomon. Kawasan ini telah didefinisikan oleh kuasa Bersekutu sebagai Kawasan Pasifik Barat Daya.
Dalam kancah Pasifik Barat Daya, tentera Jepun menentang terutamanya dari tentera-tentera Amerika Syarikat dan Australia. New Zealand, Belanda (sebahagian besarnya Hindia Timur Belanda), Filipina, United Kingdom, dan tentera negara Bersekutu yang lain.
Markas pemerintahan Bersekutu
suntingJeneral AS Douglas MacArthur telah memerintah tentera Amerika di Filipina yang kemudiannya menjadi kancah Pasifik Barat Daya, tetapi pada masa itu ia adalah sebahagian dari kancah yang lebih besar yang merangkumi Pasifik Barat Daya, tanah besar Asia Tenggara (termasuk Indochina dan Tanah Melayu) dan Utara Australia, dibawah pengawasan sementara Amerika-British-Belanda-Australia Command (ABDACOM). Sejurus selepas kejatuhan ABDACOM, pemerintahan tertinggi medan Pasifik Barat Daya diberikan kepada MacArthur yang dilantik sebagai Pemerintah Bersekutu Tertinggi Kawasan Pasifik Barat Daya pada 30 Mac 1942. Kancah utama lain dalam dalam linkungan Pasifik, dikenali sebagai Kancah Lautan Pasifik, tentera Bersekutu telah diperintah oleh Laksamana AS Chester Nimitz. MacArthur dan Nimitz diselia oleh Ketua Turus Bersama AS dan Ketua Turus Gabungan (CCoS) Sekutu Barat.
Markas pemerintahan Jepun
suntingKebanyakan tentera Jepun di medan ini adalah sebahagian dari Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan (南方軍 , Nanpo gun), yang telah dibentuk pada 6 November 1941, dibawah Jeneral Hisaichi Terauchi (juga dikenali sebagai Count Terauchi). Nanpo gun bertanggungjawab bagi unit-unit darat dan udara Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) di Asia Tenggara dan Pasifik Selatan. Armada Gabungan (聯合艦隊 , Rengō Kantai) dari Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) bertanggungjawab bagi keseluruhan kapal perang Jepun, unit-unit udara tentera laut dan unit-unit infantri marin. Disebabkan pihak tentera Jepun tidak ada menggunakan staf bersama/gabungan di peringkat operasi, struktur pemerintahan/kawasan geografi operasi Nanpo gun dan Rengō Kantai bertindih antara satu sama lain dan mereka yang dari pihak Sekutu.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Cressman, Robert J. (2000). The Official Chronology of the U.S. Navy in World War II. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-149-1.CS1 maint: ref=harv (link)
- Dull, Paul S. (1978). A Battle History of the Imperial Japanese Navy (1941–1945). Annapolis, Maryland: Naval Institute Press.CS1 maint: ref=harv (link)
- Potter, E.B.; Nimitz, Chester W. (1960). Sea Power. Prentice-Hall.CS1 maint: ref=harv (link)
- Silverstone, Paul H. (1968). U.S. Warships of World War II. Doubleday and Company.CS1 maint: ref=harv (link)
- Sulzberger, C.L. (1966). The American Heritage Picture History of World War II. Crown Publishers.CS1 maint: ref=harv (link)
Bacaan lanjut
sunting- Drea, Edward J. (1998). In the Service of the Emperor: Essays on the Imperial Japanese Army. Nebraska: University of Nebraska Press. ISBN 0-8032-1708-0. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - Eichelberger, Robert (1989 (reissue)). Our Jungle Road to Tokyo. New York: Battery Press. ISBN 0-89839-132-6. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan); Check date values in:|year=
(bantuan) - Griffith, Thomas E., Jr. (1998). MacArthur's Airman : General George C. Kenney and the War in the Southwest Pacific. Lawrence, Kansas, U.S.A.: University Press of Kansas. ISBN 0-7006-0909-1. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - Krueger, Walter (1979). From Down Under to Nippon: Story of the 6th Army in World War II. Zenger. ISBN 0-89201-046-0. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - United States Army Center of Military History. "Japanese Operations in the Southwest Pacific Area, Volume II – Part I". Reports of General MacArthur. Dicapai pada 2006-12-08. Cite has empty unknown parameters:
|coauthors=
dan|month=
(bantuan)- Translation of the official record by the Japanese Demobilization Bureaux detailing the Imperial Japanese Army and Navy's participation in the Southwest Pacific area of the Pacific War.