Kancil
Kancil (Jawi: کنچيل ; nama saintifik: Tragulus kanchil)[2] merupakan spesies haiwan berkaki telapuk pendek dan kurus dalam keluarga Tragulidae yang masih wujud, ia spesies yang paling kecil. Ia tidak mempunyai tanduk. Ia ditemukan di hutan hujan tropika yang berbatu-batan di Asia Tenggara.
Kancil | |
---|---|
Seekor kancil di dalam zoo di Sepanyol | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Keluarga: | Tragulidae |
Genus: | Tragulus |
Spesies: | T. kanchil
|
Nama binomial | |
Tragulus kanchil Raffles, 1821
|
Panjangnya yang hanya berukuran 45 sentimeter, dengan berat sebanyak dua kilogram.
Ciri
suntingIni adalah mamalia berkuku yang paling kecil yang diketahui, saiz matangnya adalah sekecil 45 cm (18 inci) dan 2 kg (4.4 lb). Ia diancam oleh pemangsa oleh anjing liar.
Pengagiha n
suntingPelanduk (Kancil) Lesser terdapat di Asia Tenggara di Indochina, Burma (Kra Isthmus), Brunei, Kemboja, China (Yunnan Selatan), Indonesia (Kalimantan, Sumatera dan banyak pulau kecil lain), Laos, Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sarawak) dan banyak pulau kecil lain), Singapura, Negara Thai, dan Vietnam.
Taburan dan spesies
suntingKancil tersebar luas di Asia Tenggara, bermula dari Cina selatan (Yunnan bahagian selatan), Indocina, Burma, Thailand, Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, dan Kalimantan. Beberapa subspesies Tragulus kanchil, di antaranya[3]:
- Tragulus kanchil kanchil – Sumatera, Pulau Mendol, Pulau Berhala
- T. k. abruptus – Subi
- T. k. affinis – Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand timur dan tenggara
- T. k. anambensis – Mata
- T. k. angustiae – Burma, Thailand barat daya, di barat Sungai Chao Phraya
- T. k. everetti – Pulau Bunguran, Kepulauan Natuna.
- T. k. fulviventer – Semenanjung Malaysia bahagian selatan
- T. k. hosei – Sarawak, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah
- T. k. klossi – Sabah
- T. k. luteicollis – Bangka
- T. k. pidonis – Koh Pipidon
- T. k. ravulus – Adang, Rawi
- T. k. ravus – Semenanjung Malaysia bahagian utara (termasuk wilayah Thailand), Pulau Langkawi
- T. k. rubeus – Pulau Bintang
- T. k. siantanicus – Siantan
- T. k. subrufus – Singkep
Hubungan dengan manusia
suntingLegenda Melayu
suntingKancil merupakan haiwan yang termasyhur dalam cerita rakyat Melayu kerana kepandaiannya.[4]:61–66 Cerita rakyat "Sang Kancil dan Sang Buaya" mengisahkan tentang kecerdikan Sang Kancil memperdayakan sekumpulan buaya untuk menyeberangi sungai untuk menikmati buah rambutan yang sedang masak ranum.
Dalam sejarah penubuhan negeri Melaka pula, kancil dilihat sebagai maskod haiwan pada jata negeri Melaka. Mengikut sejarah, negeri Melaka mula mendapat nama dari "kisah Kancil menendang Anjing". Pada catatan aliran sejarahnya dikisahkan bahawa, pada suatu ketika dahulu, (selepas baginda dan para bangsawan Palembang berjaya menyelamatkan diri dari ditangkap oleh tentera (Siam) dan kemudiannya diselamatkan oleh penduduk orang laut/ nelayan yang menetap disekitar pesisir laut Muar, Johor. Paduka (Parameswara) telah berkenan untuk pergi memburu kedalam hutan(kini disekitar hutan negeri Melaka). Ketika baginda pergi memburu bersama-sama hulubalangnya, baginda berasa penat dan berkenan berehat sebentar di bawah pokok yang terletak dihadapan sebatang anak sungai.Tiba-tiba, sewaktu baginda berehat, baginda dikejutkan dengan suatu peristiwa yang aneh bahawa seekor kancil yang kecil yang berdiri diatas batang pokok tumbang yang merentasi anak sungai telah menendang anjing buruan baginda dengan kuat kedalam sungai.Melihat peristiwa tersebut, baginda merasakan bahawa kawasan ini kelak mampu dibangunkan dengan sempurna dan sekaligus mampu melahirkan rakyat yang kuat dan handal dalam semua perkara. Maka dengan itu, baginda telah menanyakan nama pokok tempat baginda bersandar pada ketika itu, tuan bendahara yang bersama baginda telah memberitahu bahawa pokok itu adalah pokok Melaka. Oleh yang demikian, Parameswara telah berkenan menjadikan seluruh kawasan tersebut sebagai sebuah negeri baru yang aman dan kuat dikenali sebagai Melaka pada ketika ini.[5]:51–52
Kancil turut digunakan sebagai nama kereta Perodua Kancil, Malaysia.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Timmins, R.J., Duckworth, J.W. & Semiadi, G. (2008). Tragulus kanchil. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 6 November 2009. Database entry includes a brief justification of why this species is of least concern.
- ^ Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, USA: Johns Hopkins University Press. m/s. –648–650. ISBN 978-0-8018-8221-0.
- ^ Meijaard, E., and C.P. Groves. 2004. A taxonomic revision of the Tragulus mouse-deer. Zoological Journal of the Linnean Society 140: 63-102.
- ^ See Hoon Peow (2016). "A Comparative Study of Malay and Chinese Trickster Tales: Sang Kancil, The Rabbit and The Rat" (PDF). Kajian Malaysia. 34 (2): 59–73.
- ^ Brown, C. C. (Oktober 1952). "The Malay Annals". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 25 (2/3 (159)): 5–276.