Dalam konteks bidang penerbitan, seni, dan komunikasi, kandungan atau konten [kon-tén, lazim di Indonesia] difahamkan sebagai maklumat dan pengalaman yang diarahkan kepada pengguna akhir atau penonton[1] "melalui medium tertentu seperti ucapan, tulisan atau sebarang pelbagai seni".[2] Hasil pengkaryaan sebegini boleh dihantar melalui media yang berbeza termasuk Internet, filem, televisyen, radio, telefon pintar, CD audio, buku dan majalah (baik yang tercetak mahupun elektronik) serta acara langsung seperti ucapan pidato, persidangan, pameran dan pementasan.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Odden, Lee (2013). "What is Content? Learn from 40+ Definitions"". TopRank Online Marketing Blog. Diarkib daripada yang asal pada 25 Februari 2014. Dicapai pada 20 Februari 2014.
  2. ^ "the definition of content". Dictionary.com. Diarkib daripada yang asal pada 8 March 2016. Dicapai pada 3 Mei 2018.