Kaoru (pelukis komik)

Kaoru[1] (lahir Liew Yee Teng; 4 Februari 1982 di Ipoh, Perak) ialah seorang pelukis komik wanita Malaysia.

Kaoru
KelahiranLiew Yee Teng
(1982-02-04) 4 Februari 1982 (umur 43)
Ipoh, Perak
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranKaoru
Karya terkenal
Helios Eclipse,Maid Maiden

Biografi

sunting

Kaoru ialah kartunis wanita Cina di Malaysia. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2001, beliau menyertai Kadokawa Gempak Starz (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Art Square). Gaya seninya yang dipengaruhi manga Jepun telah memenangi ramai peminatnya, terutamanya siri 'Candy' dan 'Prince' yang telah dihasilkannya sejak 2013[2].

Antara karya beliau yang pertama ialah Siri Maskeret Cinta. Pada tahun 2004 beliau hadir dengan karya terbaru iaitu Helios Eclipse yang bertemakan dunia fantasi yang disirikan di dalam majalah Starz yang kemudiannya dipindahkan ke majalah Gempak. Pada tahun 2009 selepas Helios Eclipse berakhir, beliau telah mencipta karya beliau yang bertemakan pembantu rumah iaitu Maid Maiden yang telah disirikan di dalam majalah Gempak yang kini telah dijadikan novel grafik bersiri.

Karya beliau yang terkini ialah My Secret Bodyguard yang sedang lagi disirikan di dalam majalah Gempak dan kini boleh didapati dalam bentuk novel grafik bersiri.[3]

Antara karya-karya beliau sepanjang kerjaya beliau sebagai kartunis

Tajuk Debut
Kaoru's Cake House Oktober 2008
Siri Maskeret Cinta - 143 Jun 2002
Siri Maskeret Cinta - Colour Februari 2004
Daisuki Februari 2005
Helios Eclipse Series Jun 2004
Maid Maiden Series 2009
Love Triangle
Love Drama
Cinta untuk dijual
Lost Diary
My Secret Bodyguard Series

Karya bersama Candy Factory dan Dream Catcherz

sunting
Tajuk Siri pertama Siri terakhir Jumlah siri
Candy Series June 2013 (bahasa Cina)

March 2014 (bahasa English)

Belum tamat 59
Prince Series December 2014 (bahasa Cina)

April 2015 (BahasaEnglish)

On going 47

Buku ilustrasi

sunting

Pencapaian

sunting
Tahun Pencapaian
2005 Finalis untuk Anugerah Naga Emas Komik Cerita Terbaik dalam Pertandingan Animasi & Komik Oriental (OACC)
2009 ‘Maid Maiden’ dianugerahkan Anugerah Komik Romantik Terbaik di Anugerah Persatuan Komik Mandarin Malaysia
2013 Memenangi Anugerah Komik Aksi/Romantik Terbaik di Anugerah Persatuan Komik Mandarin Malaysia untuk ‘Drama Cinta’
  1. ^ man_in_comics (2019-08-09). "KAORU". Gempak Starz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-11.
  2. ^ Maira (2022-06-24). ""Kini aktif dalam penulisan cerita" – Interview bersama Kaoru dari Kadokawa Gempak Starz!". gamersantai.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-11.
  3. ^ Maira (2022-06-24). ""Kini aktif dalam penulisan cerita" – Interview bersama Kaoru dari Kadokawa Gempak Starz!". gamersantai.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-11.