Pengorekkan (atau dalam bahasa Inggerisnya Dredging) ialah aktiviti penggalian biasanya dijalankan dalam air, di laut cetek atau kawasan air tawar dengan tujuan bagi mengumpul naik enapan dari bawah tanah dan melupuskannya di lokasi yang berbeza untuk tujuan tertentu atau untuk perlombongan bahan galian. Teknik ini sering digunakan untuk menjaga perairan yang sering dilayari. Teknik ini juga aktif digunakan dalam perlombongan. Ia juga digunakan sebagai satu cara untuk menambah pasir di beberapa pantai awam, di mana pasir telah hilang kerana hakisan pantai. Kapal korek juga turut digunakan dalam sektor perikanan sebagai salah satu teknik untuk menangkap spesies tertentu kerang yang boleh dimakan dan juga ketam.

Lihat juga sunting

Kapal korek di Malaysia