Kapal api, digunakan pada tempoh kapal layar atau dikayuh kayu, adalah kapal yang diisi dengan bahan mudah terbakar dan sengaja dibakar dan dikemudi (atau, sekiranya dapat, dibenarkan hanyut) ke dalam armada musuh, untuk memusnahkan kapal, atau menimbulkan huru-hara dan menyebabkan musuh keluar dari formasi.[1] Kapal yang digunakan sebagai kapal api biasanya buruk dan lusuh atau kapal murah yang dibina khusus. Kapal letupan atau Pembakar neraka ("hellburner" merupakan variasi bagi kapal api yang bertujuan bagi menyebabkan kerosakan dengan meletup berhampiran dengan kapal musuh. Kapal api terkenal kerana digunakan dengan berkesan oleh pihak British menentang Armada Sepanyol semasa Pertempuran Gravelines.[2]

Kapal api Belanda menyerang kapal pemerintah InggerisRoyal James dalam Pertempuran Solebay (1672). Lukisan oleh Willem van de Velde yang muda.

Sejarah sunting

Era Silam, rekod kegunaan pertama sunting

Kemungkinan rekod tertua bagi kegunaan tentera bagi penggunaan kapal api direkodkan oleh sejarahwan Yunani Thucydides dalam peristiwa Ekspedisi Sicily Athens Klasik yang gagal (415–413 BC).[3] Dalam episod tersebut, pasukan ekspedisi Athen berjaya mematahkan serangan oleh pihak Syracuse:

Pihak musuh cuba membakar baki pasukan Athen dengan menggunakan kapal dagang tua yang mereka isi dengan faggots dan kayu pain, dibakar dan dibiarkan hanyut mengikut angin yang bertiup kencang ke arah kapal Athen. Pihak Athen, bagaimanapun bimbangkankeselamatan kapal mereka, mencari jalan bagi menghentikan dan memadamkannya, dan dengan mengawal api dan menjauhkan kapal dagang tersebut, terselamat dari mara bahaya.


Rujukan sunting

  1. ^ The Fireship and its Role in the Royal Navy by James Coggeshall. Master's Thesis, Texas A&M University, 1997
  2. ^ The Fireship and its Role in the Royal Navy by James Coggeshall. Master's Thesis, Texas A&M University, 1997, pp. 7-11
  3. ^ Thucydides, Sejarah Perang Peloponnesian, 7.53.4

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Kapal api di Wikimedia Commons