Kapal dok pelantar mendarat Kelas Endurance

Dok pengangkut amfibia Kelas Endurance adalah sebuah kelas kapal terbesar di dalam perkhidmatan Angkatan Laut Republik Singapura. Ia merupakan sejenis dok pengangkut amfibia. Kelas Endurance telah direka dan dibina oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Singapore Technologies (ST) Marine bagi mengantikan kapal pendarat kereta kebal (LST) kelas-County. Empat buah kapal dari kelas ini telah dibina bagi membentuk Skuadron 191.

Fail:RSN Endurance class LPD 2.jpg
KRS Endurance, KRS Persistence dan KRS Endeavour di Meulaboh, Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha bantuan kemanusiaan tsunami Lautan Hindi 20004 © MINDEF
Gambaran keseluruhan kelas
Nama:Endurance
Pembina:ST Engineering (Marine)
Pengguna:Bendera tentera laut Singapura Angkatan Laut Republik Singapura
Bendera tentera laut Thailand Tentera Laut Diraja Thailand
Sebelumnya:Kelas County
Dalam pembinaan:1
Jumlah disiapkan:4
Jumlah aktif:4
Ciri-ciri umum
Jenis: Dok pengangkut amfibia
Sesaran: 6,500 tan (ringan)8,500 tan (penuh)
Panjang: 141.0 m (462.6 ka)
Lunas: 21.0 m (68.9 ka)
Draught: 5.0 m (16.4 ka)
Tanjakan: 2 × (haluan dan buritan)
Installed power: 4 × penjana diesel Ruston 6RK215 (700 kW setiap satu)
Jana kuasa: 2 × Ruston 16RK 270 diesels (5000 kW each) dipasangkan kepada 2 × Kamewa controllable pitch propellers Bow thruster
Halaju: 15 knot (28 km/j) to 20 knot (37 km/j)
Jarak: 5,000 batu nautika (9,000 km) at 15 knot (28 km/j)
Bot & lancang
yang dibawa:
  • 4 × 13 m Fast Craft Equipment & Utility (FCEU) on davits
  • 2 × 25 m Fast Craft Utility (FCU) inside well deck
Kapasiti: 18 kereta kebal, 20 kenderaan dan kargo pukal
Trup: 350
Krew: 65 (8 pegawai dan 57 kelasi)
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar pencari: IAI/ELTA EL/M-2238
  • Radar navigasi: Kelvin Hughes Type 1007 (I band)
  • Kawalan senjata: Pengarah elektro-optronik CS Defense NAJIR 2000
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: Helikopter AS 332M Super Puma atau AS532UL/AL Cougar atau CH-47SD Chinook
Kemudahan penerbangan: Dek penerbangan dan hangar tertutup untuk sehingga dua buah helikopter pengangkutan udara sederhana
Nota:
  • Kapal-kapal di dalam kelas adalah:
  • KRS Endurance (207)
  • KRS Resolution (208)
  • KRS Pesistence (209)
  • KRS Endeavour (210)

Sejarah sunting

Keinginan tentera laut bagi membeli kelas Endurance didedahkan oleh bekas Menteri Pertahanan Dr. Tony Tan semasa lawatan beliau ke Pangkalan Tentera Laut Tuas pada 3 Ogos 1996. Kapal-kapal ini akan mengantikan lima buah kapal bekas milik Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu kelas-County, yang mana diperolehi oleh Singapura daripada Amerika Syarikat pada tahun 1970-an. ST Marine kemudian dianugerahkan kontrak oleh kerajaan bagi merekabentuk dan membina empat buah kapal - satu peristiwa penting untuk industri pembinaan kapal dan pertahanan tempatan melihat kepada skala dan keluasan program.

Pembinaan Endurance dimulakan pada awal 1997, apabila ia dibaringkan di limbungan Benoi pada 27 Mac, 1997.

Nama Nombor pennant Dilancarkan Ditauliahkan
KRS Endurance 207 14 Mac 1998 18 Mac 2000
KRS Resolution 208 1 Ogos 1998 18 Mac 2000
KRS Persistence 209 13 Mac 1999 7 April 2001
KRS Endeavour 210 12 Februari 2000 7 April 2001


Eksport sunting

Pada 11 November 2008, satu kontrak bernilai SGD $200M telah ditandatangani di antara ST Engineering (Marine) dan Thailand bagi penjualan sebuah dok pengangkut amfibia kelas-Endurance[1]. Dok pengangkut ini akan menggunakan sistem C-Series Terma yang mana termasuk sistem pengurusan tempur C-Flex, sut radar C-Search merangkumi radar SCANTER 4100 dan IFF dan sistem kawalan tembakan C-Fire[2].

Rujukan sunting

  1. ^ "ST Engineering's Marine Arm Secures S$200m Contract To Design And Build Landing Platform Dock". STE. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-25. Dicapai pada 2009-10-11.
  2. ^ "C-Series Combat System from Terma to the Royal Thai Navy's Landing Platform Dock". Terma. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2009-10-11.

Pautan luar sunting