Kapal induk Jepun Hiryu

Career RN Ensign
Ditempah:
Mula bina: 8 Julai 1936, Yokosuka
Dilancarkan: 15 November 1937
Ditauliahkan: 5 Julai 1939
Dibersarakan:
Nasib: Ditenggelamkan, 5 June 1942
Nyah daftar: 5 Jun 1942
Ciri-ciri Umum
Sesaran:
Panjang:
Rusuk:
Draft:
Tujahan:
Laju:
Jarak:
Awak-awak:
Persenjataan:
Aircraft: 57, dengan 16 simpanan
Moto:

Kapal induk Jepun yang terbabit dalam Serangan ke atas Pearl Harbor dalam Perang Dunia II, Hiryu (飛龍; "Naga Terbang") telah dimusnahkan pada 5 Jun 1942 oleh kapal terbang tentera laut Amerika Syarikat semasa Pertempuran Midway.


Hiryu (bahasa Jepun: 飛龍, bererti "naga terbang") adalah kapal induk kelas Soryu bagi Tentera laut Imperial Jepun. Ia terbabit dalam serangan ke atas Pearl Harbor yang memulakan Perperangan Pasifik dan ia dimusnahkan pada 5 Jun 1942 dalam serangan udara dalam Pertempuran Midway.

Kapal ini dibina menurut spesifikasi Washington Naval Treaty yang berkuat kuasa ketika itu, yang menghadkan berat ton dan persenjataannya. Akibatnya, Hiryu agak kecil sebagai kapal induk dibina khusus berbanding saingannya semasa Perang Dunia II, membawa sekitar 70 kapal terbang.

Sejarah

sunting

Operasi Awal

sunting

Pada 1941, dipimpin oleh Kapten Kaku Tomeo, Hiryu diletakkan pada Division Kapal Induk 2. Pada 7 Disember 1941 ia bersama Pasukan Penyerang dalam Serangan ke atas Pearl Harbor. Ia melancarkan satu gelombang kapal terbang terhadap pulau Oahu: sepuluh Kates mensasarkan Arizona, California, lapan Kates mensasarkan West Virginia, Oklahoma, dan Helena dan enam Zeros menyerang pengkalan udara US di Lapangan Wheeler dan Barbers Point.

Dari 21 Disember sehingga 23 Disember ia melancarkan serangan udara terhadap Pulau Wake. Pada Januari 1942 ia menyokong penjajahan Ambon di Moluccas. Pada 19 Februari 1942, bersama kapal saudaranya Soryu melancarkan serangan udara terhadap Darwin, Australia.

Pada March 1942 ia turut serta dalam pertempuran laut Jawa, menyerang perkapalan pihak Berikat di Tjilatjep dan Pulau Christmas dan menenggelamkan friget Belanda Poelau Bras. Pada April 1942 ia turut sama dalam Indian Ocean raid, menyerang pengkalan Royal Navy di Columbo dan Trincomalee Sri Langka dan membantu menengelamkan kruiser Cornwall, Dorsetshire, kapal induk Hermes, dan kapal pemusnah pengiringnya Vampire.

Pada 19 April 1942 ia mengejar kapal induk US Hornet dan Enterprise selepas mereka melancarkan Doolittle Raid, tetapi gagal menangkap mereka.

Midway

sunting

Pada 4 Jun 1942 ia terbabit dalam pertempuran Midway. Pada 04:30 ia melancarkan serangan terhadap Pulau Midway, memusnahkan kapal terbang dan kemudahan di pulau Midway. Selepas Kaga, Soryu dan Akagi dilumpuhkan oleh serangan udara sekitar 10:25, Hiryu merupakan kapal induk beroperasi tunggal yang tinggal bagi pihak Jepun. Ia melancarkan dua gelombang kapal terbang pada 10:50 dan 12:45 terhadap Yorktown, merosakkan dengan teruk kapal induk Amerika tersebut (ia kemudiannya ditenggelamkan oleh I-168).


 
Hiryu diserang oleh B-17 dalam pertempuran Midway

Ketika bersedia bagi melancarkan gelombang penyerang ke tiga, Hiryu diserang pada 17:03 oleh tiga belas pengebom junam dari Enterprise. Ia di bom empat kali, tiga pada dek penerbangan hadapan dan satu ditengah bersebelahan menara kawalan. Letupan tersebut memulakan kebakaran antara kapal terbang di dek hanger. Walaupun pergerakan Hiryu tidak terjejas, kebakaran tersebut tidak dapat di kawal. Pada 21:23 enjinnya berhenti dan pada 01:58 letupan besar menggegarkan kapal. Arahan meninggalkan kapal diberikan tidak lama kemudian dan yang terselamat dibawa menaiki kapal pemusnah Kazagumo dan Makigumo. Admiral Tamon Yamaguchi dan Captain Kaku kekal di atas apabila Hiryu ditenggelamkan pada 05:10 oleh terpedo dari Makigumo. Ia tenggelam pada 09:12, membawa bersamanya 35 orang (seramai 350 atau lebih terbunuh akibat letupan bom, kebakaran, dan letupan). Tiga puluh lima diselamatkan oleh Tentera laut Amerika Syarikat dan dijadikan tahanan.

Pautan luar

sunting