Kapal induk Jepun Shokaku

Career RN Ensign
Ditempah:
Mula bina:
Dilancar:
Ditauliah:
Dibersara:
Nasib:
Struck:
Ciri-ciri umum
Sesaran: 25,675 tan
Panjang: 257.5 meter
Rusuk:
Draft:
Tujahan: 160,000HP
Laju: 34.2 knots
Jarak:
Awak-awak:
Persenjataan:
Pesawat: 72, dengan 12 simpanan
Moto:

Kapal induk Shokaku (空母 翔鶴) tentera laut Di Raja Jepun paling terkenal kerana peranannya dalam Pertempuran Pearl Harbor dan pertempuran Laut Karang ( Coral Sea ). Ia mula dibina di Limbungan Yokosuka pada 12 Disember 1937, dilancarkan pada 1 Jun 1939, dan ditauliahkan pada 8 Ogos 1941. Dengan reka bentuk moden,

Dengan reka bentuk moden, sesaran sekitar 30,000 tan, dan laju maksima 34 knot, Shokaku mampu membawa 70 hingga 80 kapal terbang dan setanding dengan kapal induk terbaik Amerika Syarikat pada masa itu. Ia dan temannya, Zuikaku membentuk Division kapal induk ke 5 Jepun, dilengkapi dengan kapal terbang tidak lama sebelum pembabitannya dalam serangan Pearl Harbor.

Dengan kapal induk Zuikaku, Shokaku menyertai angkatan serangan Pearl Harbor, dan menyertai serangan Jepun pada awal perang melalui serangan tentera laut, termasuk serangan terhadap Rabaul pada Januari 1942, dan Pertempuran Laut Karang Coral Sea pada May. Dalam Indian Ocean raid pada March 1942, ia bersama dengan kapal induk Akagi, Zuikaku, Soryu, dan Hiryu dalam menyerang Colombo. Disana Adm. Nagumo berjaya memusnahkan dengan teruk kemudahan sokongan. Selepas tugas tersebut selesai, pasukan kerja task force belayar keluar dan bertembung dan menenggelamkan kapal induk British; Hermes, dan dua kruiser; Cornwall & Dorsetshire, sebelum berlayar ke Laut Karang. Di sana ia membantu meneggelamkan USS Lexington, tetapi turut rosak akibat serangan kapal terbang kepunyaan USS Yorktown's selepas itu. Selepas diperbaiki, Shokaku terbabit dalam dua pertempuran pada tahun 1942, kedua-duanya bersama kapal sejenis: Pertempuran Solomon Timur ( Eastern Solomons ), di mana mereka merosakkan USS Enterprise, dan Pertempuran Santa Cruz, di mana mereka menenggelamkan USS Wasp tetapi Shokaku sekali lagi rosak teruk akibat serangan kapal terbang pengebom junam dive bombers.

Pada tahun 1943 ia meneruskan peranannya sebagai kapal induk terpenting bagi tentera laut Jepun, dan akhirnya ditenggelamkan oleh kapal selam US, Cavalla (SS-244) pada 19 Jun 1944, ketika Perang Laut Filipina ( Philippine Sea).