Kapal pendarat, Ibu pejabat

Kapal pendarat, Ibu pejabat (“Landing Ship, Headquarters – LSH”)[1] direka bagi membantu operasi afimbia yang amat rumit kerana disebalik perancangan yang teliti dan kelonggaran bagi kecermasan yang mencukupi kesilapan masih boleh berlaku. Kapal pendarat, Ibu pejabat akan berada di luar persisiran pantai dan mengawal operasi sehingga ibu pejabat yang sempurna dapat disiapkan di pantai, selepas mana ia kemungkinannya tinggal selagi terdapat keperluan bagi sokongan tentera laut.

Kapal pendarat, Ibu pejabat HMS Bulolo.

Amalan awal adalah bagi menggunakan kapal perang utama bagi peranan ini, tetapi kapal yang memiliki peralatan lengkap adalah jarang ditemui, tidak pernah memiliki kemudahan tempat tinggal yang mencukupi dan cenderung dipanggil untuk pergi bertempur. Hanya menjelang 1942 kapal yang khusus bagi tujuan tersebut diperkenalkan: kapal dagang bersaiz serdahana (dangan banyak ruang bagi penukaran) dipilih, dan mudah dikenali melalui pelbagai antena perhubungan yang ditambah.

Kapal-kapal ini mengendalikan sejumlah besar isyarat trafik, staf yang ada dalamnya mampu membuat keputusan pantas di situ juga bagi mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, sebaik sahaja ia timbul. Kadangkala Kapal pendarat, Ibu pejabat (LSH) turut bertindak sebagai kapal penunjuk arah-pesawat, tugasan yang ia sendiri cukup rumit dan biasanya dikendali oleh Kapal Pendarat, Pengemudi Pejuang (“Landing Ship, Fighter Direction – LSF”) khas, yang ia bekerja sama dengan rapatnya. Bagi pendaratan utama, lebih dari satu LSH mungkin diperlukan dan, walau bagaimanapun, kapal pengganti merupakan langkah berjaga-jaga yang bijak, terutamanya apabila musuh menyedari kepentingan mereka dan menyasar mereka sebagai sasaran.

HMS Bulolo merupakan penukaran British yang biasa, bermula sebagai kapal dagang bersenjata sebelum bertindak sebagai LSI.[2] Sebagai LSH ia berkhidmat di Algiers, di Levant, di Anzio dan akhirnya, di Normandy, di mana ia rosak dibom. Penukaran British besar yang lain adalah HMS Hilary, HMS Largs dan HMS Lothian. Kapal Amerika yang standing adalah Kapal pemerintah Pasukan Afimbia (“Amphibious Force Flagship – AGC”), badan C2 dan C3 yang diubah, yang sebelumnya sebanyak 17 unit. Bagi operasi lebih kecil, pihak British mengubah lapan friget dan bot meriam berbeza, sementara pihak Amerika lebih gemarkan cutters pengawal pantai daya tahan lama yang lebih sesuai yang tersedia bagi kegunaan tentera laut biasa pada waktu perang.


Rujukan sunting