Kapal pengangkut pesawat Kelas Clemenceau

Kapal pengangkut pesawat Kelas Clemenceau merupakan sepasang kapal pengangkut pesawat yang telah berkhidmat di dalam Tentera Laut Perancis bermula tahun 1961 sehingga 2000. Sebuah kapal daripada kelas ini masih berada di dalam perkhidmatan aktif dengan Tentera Laut Brazil. Clemenceau adalah sebuah rekabentuk pertama kapal pengangkut pesawat Perancis yang berjaya selepas Perang Dunia II dan menjadi tulang belakang bagi armada laut Perancis selama 40 tahun semasa tempoh perkhidmatannya.

Clemenceau aircraft carrier
Clemenceau
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:DCN
Pengguna: Perancis Marine Nationale
 Brazil Tentera Laut Brazil
Ditauliah pada:22 November 1961
Jumlah disiapkan:2
Jumlah aktif:São Paulo (dahulunya Foch)
Dibersarakan:Clemenceau
Ciri-ciri umum
Sesaran: 32,780
Panjang: 265 m (869 ka)
Lunas: 31.7 m (104 ka)
Draught: 8.6 m (28 ka)
Jana kuasa:
Halaju: 32 knot (59 km/j)
Jarak: 7,500 batu
Pesawat yang dibawa: 40
Kemudahan penerbangan: Dek penerbangan bersudut untuk operasi CATOBAR

Senarai kapal-kapal sunting

Dua buah kapal pengangkut pesawat Kelas Clemenceau yang telah dibina adalah:

  • Clemenceau, kapal pertama dalam kelas ini, dibaringkan pada tahun 1955, dilancarkan pada tahun 1957, dan ditauliahkan pada tahun 1961. Clemenceau terlibat dalam pelbagai peranan dalam Tentera Laut Perancis bersama-sama Foch untuk selama 36 tahun sehingga akhirnya dilucut tauliah pada tahun 1997. Selepas khidmatnya ditamatkan, kapal ini terlibat di dalam kontroversi berkaitan pemusnahannya dan kini disimpan di Brest.
  • Foch, yang dibina kira-kira dua tahun, dan tempoh perkhidmatan lama sedikit berbanding Clemenceau, digunakan sejak tahun 1963 sehingga 2000. Ia kemudian telah dijual kepada Tentera Laut Brazil dan dinamakan semula sebagai São Paulo, menjadi satu-satunya kapal pengangkut pesawat yang digunakan oleh Brazil.

Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting