Kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz

Kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz adalah merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat super berkuasa nuklear yang berada dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia merupakan kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia, dan menandakan status kuasa besar Amerika Syarikat. Kapal-kapal ini diberi nombor badan bermula dengan nombor CVN 68. Huruf CVN menandakan jenis kapal: "CV" adalah simbol pengelasan kapal untuk kapal pengangkut pesawat, dan huruf "N" menandakan ia berkuasa nuklear. Nombor selepas CVN bermaksud kapal pengangkut pesawat ke- 68.

USS Nimitz, lead ship of her class of supercarrier
USS Nimitz
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:Newport News Shipbuilding
Pengguna:Tentera Laut Amerika Syarikat
Sebelumnya:dua kelas:
Selepasnya:Kelas Gerald R. Ford
Ditauliah pada:3 Mei, 1975
Dalam pembinaan:George H. W. Bush
Jumlah disiapkan:10 buah
Jumlah aktif:*Nimitz
  • Dwight D. Eisenhower
  • Carl Vinson
  • Theodore Roosevelt
  • Abraham Lincoln
  • George Washington
  • John C. Stennis
  • Harry S. Truman
  • Ronald Reagan
  • Ciri-ciri umum
    Sesaran:
    • 78,280 tan dengan muatan biasa
    • 101,196 tan dengan muatan penuh
    Panjang:
    • 317 m (garis air)
    • 340 m (keseluruhan)
    Lunas:
    • 41 m (garis air)
    • 78 m (ekstrem)
    Draft: 12 m
    Jana kuasa:
    Halaju: 30 knot (56+ km/j)
    Jarak: Tiada had
    Anak kapal:
    • 3,200 anak kapal
    • 2,500 anggota cabang udara
    Persenjataan:
    Pesawat yang dibawa: 85 buah

    Nimitz yang mengetuai kelas kapal ini telah ditauliahkan pada tahun 1975. Sehingga tahun 2006, George H. W. Bush, merupakan kapal ke-sepuluh dan terakhir yang dibina dalam kelas ini. Kapal kelas Nimitz dibina oleh Northrop Grumman Newport News dan dijangka akan memasuki perkhidmatan pada tahun 2009. Bush merupakan kapal pengangkut pesawat peralihan pertama kepada Kelas Ford, yang telah dibina pada tahun 2007 yang mengabungkan teknologi-teknologi terkini termasuk sistem radar pelbagai fungsi baru, radar carian isipadu, rekabentuk rangkaian maklumat terbuka, dan mengurangkan keperluan krew dengan ketara. Untuk mengurangkan kos, beberapa teknologi terbaru juga digabungkan ke dalam Ronald Reagan, kapal sebelum Bush, walaupun tidak sebanyak yang digunakan pada Bush.

    Oleh kerana perbezaan dalam binaan di antara tiga buah kapal pertama (Nimitz, Eisenhower dan Vinson) dengan tujuh buah kapal seterusnya (bermula dari Theodore Roosevelt), kapal-kapal terkemudiannya kadang kala dipanggil kapal pengangkut pesawat Kelas Theodore Roosevelt, bagaimanapun Tentera Laut Amerika Syarikat meletakkan kesemua kapal-kapal ini di dalam kelas yang sama.[1] Kapal-kapal yang telah berusia akan menjalani Refueling and Complex Overhaul (RCOH), ia akan dipertingkatkan kepada standard kapal terkini.[2]

    Berdasarkan berat, Kelas Nimitz merupakan kapal pengangkut pesawat yang telah dibina sehingga kini, dan memegang rekod dunia bagi sesaran berbanding dengan mana-mana kapal perang tentera laut yang lain. Apabila Bush disiapkan, kesepuluh kapal-kapal ini akan mempunyai berat keseluruhan kurang sedikit dari sejuta tan. Walaupun Kelas Nimitz merupakan kapal terberat dalam angkatan A.S, ia bukan sebuah kapal terpanjang. Kategori terpanjang dimiliki oleh kapal pengangkut pesawat Enterprise.

    Nimitz adalah kapal pertama yang akan menjalani proses baik pulih dan penggantian bahan api pertama semasa 33 bulan RCOH di Newport News Shipbuilding, Newport News, Virginia, pada tahun 1998. Dwight D. Eisenhower yang merupakan kapal yang berikutnya, melengkapkan RCOH pada tahun 2005. Carl Vinson mula menjalani RCOH pada akhir tahun 2005. Abraham Lincoln mula memasuki dok kering di Puget Sound Naval Shipyard pada 8 September, 2006, berjaya disiapkan pada 18 Disember 2006 iaitu lebih awal daripada jadual dan dibawah belanjawan.[2]

    Ciri-ciri umum sunting

    Senarai kapal dalam kelas sunting

    Berikut adalah senarai kapal pengangkut pesawat dalam Kelas Nimitz:[1]











    Rancangan pengantian dan masa hadapan sunting

     
    Gerald R. Ford

    Kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz direka untuk jangka hayat selama 50 tahun.[3] Pada penghujung hayatnya, kapal-kapal ini akan dibersarakan. Proses ini akan dilakukan pada Nimitz dengan anggaran kos antara $750 hingga $900 juta; berbanding dengan anggaran sebanyak $53 juta sebuah kapal pengangkut pesawat berkuasa konvensional. Kebanyakan kos ini di sebabkan oleh proses nyah-aktif loji kuasa nuklear dan kerja-kerja penanggalan bahan dan peralatan tercemar yang lain.[4]

    Sebuah kapal pengangkut kelas baharu, kelas-Gerald R. Ford, sedang dibina untuk mengantikan kapal-kapal sebelumnya yang telah dibersarakan. 10 buah kapal dijangka akan dibina di mana kapal pertama mula memasuki perkhidmatan pada 22 Julai 2017 bagi mengantikan Enterprise. Kebanyakan kapal-kapal baharu ini akan mengantikan kapal-kapal kelas Nimitz yang usang selepas mereka mencecah penamat khidmatnya.[5] Kapal pengangkut baharu akan memiliki rekabentuk yang sama dengan George H.W. Bush (menggunakan bentuk badan yang hampir sama) dan tingkat upaya teknologi dan struktur lain.[6]

    Rujukan sunting

    1. ^ a b "Kapal pengangkut pesawat - CV, CVN". Fact File. United States Navy. October 12, 2007. Dicapai pada 2008-04-19. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
    2. ^ a b "Refueling and Complex Overhaul". Northrop Grunman Corporation. no date. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-23. Dicapai pada 2008-04-19. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
    3. ^ "Aircraft Carriers – CVN 21 Program". U.S. Navy. 6 November 2009. Dicapai pada 19 December 2009.
    4. ^ Stevens, p. 10
    5. ^ "CVN-77 Delivery Moved To December, Newport News on Track For January Commissioning". Defense Daily. 2006. Dicapai pada 23 December 2009.
    6. ^ "CVN-78 Facts". Northrop Grumman Shipbuilding. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2010. Dicapai pada 30 Mei 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

    Lihat juga sunting