Kapal Sepanyol Juan Carlos I

Juan Carlos I adalah sebuah kapal pengangkut pesawat-kapal serangan amfibia pelbagai peranan[7] yang berkhidmat di dalam perkhidmatan Tentera Laut Sepanyol (Armada Española). Ia berperanan serupa dengan kapal-kapal pengangkut pesawat lain, kapal ini memiliki sebuah landasan lompatan-ski untuk tujuan operasi pesawat STOVL, dan juga dilengkapi dengan pesawat penyerang AV-8B Harrier II. Kapal ini dinamakan bersempena dengan Juan Carlos I, bekas Raja Sepanyol.[8]

Juan Carlos I di Las Palmas, Mei 2011
Sejarah
Spain
Nama: Juan Carlos I
Bersempena dengan: Raja Carlos I dari Sepanyol
Dipesan: 5 September 2003
Pembina: Navantia
Kos: € 462 juta[1] (~AS$ 600 juta)
Dibaringkan: Mei 2005
Dilancarkan: 22 September 2009[2]
Ditauliah: 30 September 2010[3]
Pelabuhan asal: Stesen Tentera Laut Rota, Rota[4]
Pengenalan: Nombor pennant: L61
Status: Aktif setakat 2016
Lencana:
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kelas-Juan Carlos I
Sesaran: 26,000 tan[5]
Panjang: 230.82 m (757.3 ka)[6]
Lunas: 32 m (105 ka)[5]
Draught: 6.9 m (23 ka)[6]
Jana kuasa: 2 × 11 MW POD[5]
Halaju: 21 knot (39 km/j; 24 mph)[5]
Jarak: 9,000 batu nautika (17,000 km; 10,000 bt) pada 15 knot (28 km/j; 17 mph)[5]
Bot & lancang
yang dibawa:
Empat buah LCM-1E
Kapasiti: 913 tentera+ sehingga 46 buah kereta kebal Leopard 2E
Anak kapal:
  • anak kapal: 261[5]
  • sayap udara: 172
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Pencari udara LANZA-N, pencari permukaan ARIES, pendaratan pesawat PAR[5]
  • Sistem kawalan komunikasi bersepadu EID ICCS
Peperangan elektronik
& pengumpan:
REGULUS dan RIGEL[5]
Persenjataan:
  • 4 × meriam 20 mm
  • 2 x BPDMS (FBNW)
  • 1 x VLS (FBNW)
  • 4 × mesingan 12.7 mm
Pesawat yang dibawa: AV-8B Harrier II, Chinook, Sea King, NH-90
Nota:

Komposisi pesawat: Bagi pertempuran: 25 AV-8B/F-35B + 6 tempat di dek penerbangan

Campuran: 11 AV-8B + 12 NH90 + 6 tempat di dek penerbangan

Bagi pengangkutan: 25 NH90 + 6 tempat di dek penerbangan

Kapal baharu ini memainkan peranan penting dalam armada tentera laut Sepanyol, iaitu sebagai sebuah pelantar yang bukan hanya mengantikan kapal pendaratan kereta kebal kelas-Newport, Hernán Cortés dan Pizarro untuk menyokong pergerakan Marines dan pengangkut strategik pasukan darat, tetapi juga bertindak sebagai platform untuk pesawat di atas pengangkut mengantikan kapal pengangkut pesawat Príncipe de Asturias.

Rekabentuk sunting

 
Haluan Juan Carlos I, menunjukan tanjakan lompatan-ski. Málaga, Julai 2013

Rekabentuk untuk Buque de Proyección Estratégica (Strategic Projection Vessel), sepertimana ia dikenali pada awalnya telah diluluskan pada bulan September 2003.

Kapal ini mempunyai sebuah dek penerbangan sepanjang 202 meter (663 ka), dan sebuah tanjakan lompatan-ski. Dek penerbangan pula mempunyai lapan tempat pendaratan bagi pesawat Harrier, F-35 Lightning II atau helikopter bersaiz sederhana, empat tempat untuk helikopter berat bersaiz seperti CH-47 Chinook atau V-22 Osprey.[9] Kapal ini boleh membawa sama ada 30 buah helikopter atau 10/12 buah McDonnell Douglas AV-8B Harrier II atau Lockheed Martin F-35 Lightning II dan 10/12 buah helikopter,[5] menggunakan ruang menyimpan kenderaan ringan sebagai zon penyimpanan tambahan.

Buat pertama kali dalam Tentera Laut Sepanyol, kapal ini akan menggunakan pendorongan diesel-elektrik, secara serentak menghubungkan kedua-dua loji kuasa diesel dan turbin gas berteknologi baharu kepada sepasang pod azimuthal.

Kapal ini juga boleh membawa sekitar 900 anggota tentera laut, lengkap dengan peralatan dan elemen-elemen sokongan untuk 1,200 tentera. Garaj pelbagai fungsi dan ruang hangar setinggi dua tingkat meliputi 6,000 m2 (65,000 ka2), dengan muatan 6,000 tan beban pada setiap tingkat. Sebuah dek buritan berukuran69.3 kali 16.8 m (227 kali 55 ka) boleh memuatkan empat buah lancang pendarat LCM-1E yang mampu menghantar kenderaan darat yang tidak boleh berenang seperti kereta kebal dan empat buah RHIB, atau sebuah Kapal Pendarat Kusyen Udara bersama-sama Kenderaan Amfibia Serangan.[10]

Eksport sunting

Australia sunting

 
HMAS Adelaide (L01)

Pada 20 Jun 2007, selepas persaingan panjang rekabentuk menentang kapal serangan amfibia kelas-Mistral buatan Perancis, Perdana Menteri Australia mengumumkan bahawa Australia akan membeli dan membina dua buah kapal dari rekabentuk sama yang mana akan dikenali sebagai dok pendaratan helikopter kelas-Canberra. Navantia bertanggungjawab untuk pembinaan kapal bermula dari lunas sehingga ke dek penerbangan di Sepanyol, kemudian menghantar badan-badan kapal ke Australia untuk disiapkan oleh BAE Systems Australia. Kapal pertama HMAS Canberra telah ditauliahkan pada 28 November 2014, manakala kapal kedua HMAS Adelaide telah ditauliahkan pada 4 Disember 2015. Kedua-dua upacara pentauliahan diadakan di pangkalan tentera laut Garden Island, Sydney. Dalaman kapal Canberra dan Adelaide berbeza dengan Juan Carlos I, dan ia tidak dilengkapi dengan atau boleh menyokong pesawat pejuang kepak kaku.[perlu rujukan]

Türkiye sunting

 
TCG Anadolu (L-400)

Pada 29 Disember 2013, Tentera Laut Turki menugaskan Navantia bersama rakan kongsi tempatan Sedef untuk membina TCG Anadolu (L-408) berdasarkan Juan Carlos I.

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan PEAs tidak disediakan
  2. ^ "El 'Juan Carlos I' sale a la mar para las primeras pruebas de navegación" [The Juan Carlos I goes to sea for the first navigation trials] (dalam bahasa Sepanyol). El Correo Gallego. 22 September 2009. Dicapai pada 5 November 2014.
  3. ^ "Lleva el nombre de 'Juan Carlos I'" [Sports the name of Juan Carlos I] (Siaran akhbar) (dalam bahasa Sepanyol). Ministerio de defensa. 30 September 2010. Dicapai pada 23 May 2015.
  4. ^ "Navantia acaba pruebas de mar en "Juan Carlos I" y planea entrega el 24 junio". Finanzas (dalam bahasa Sepanyol). 2 June 2010. Dicapai pada 5 November 2014.
  5. ^ a b c d e f g h i "LHD Juan Carlos I". Spanish Ministry of Defense (Armada). 2014. Dicapai pada 2014-07-10.
  6. ^ a b "LHD Juan Carlos I Technical data". Armada. Dicapai pada 8 November 2015.
  7. ^ LHD "Juan Carlos I" (L-61) - Armada Española - Ministerio de Defensa
  8. ^ "Spanish Navy receives its largest warship 'Juan Carlos I'". Brahmand.com. 4 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 23 April 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "LHD Juan Carlos I (Mission profile)" (dalam bahasa Spanish, English, dan French). Spanish Ministry of Defense (armada). 2007-10-28. Dicapai pada 2008-10-10.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Juan Carlos I Landing Helicopter Dock, Spain". Naval-Technology.com. Dicapai pada 23 May 2015.[sumber tak boleh dipercayai?]

Pautan luar sunting