Kapal selam Kelas Lada

Projek 677 Лада atau kapal selam kelas Lada (Lada) adalah sebuah kelas kapal selam yang direka oleh Biro Rekabentuk Rubin dari Rusia. Kelas ini kadang kala dirujuk sebagai kelas Saint Petersburg (atau Sankt Peterburg), bersempena kapal pertama di dalam kelas ini. Sebagai suatu produk terbitan daripada program pembangunan kapal selam diesel-elektrik "generasi ke-4" yang berdasarkan versi Projek 636 kelas Kilo, kelas Lada adalah lebih senyap dan memiliki sistem tempur baru serta pendorongan bebas udara.

Model of Amur-1650 submarine
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:Limbungan Admiralty, Saint Petersburg
Pengguna:Bendera tentera laut Rusia Tentera Laut Rusia
Sebelumnya:Kapal selam Kelas Kilo
Built:1997
Jumlah dirancang:6 buah pada tahun 2015
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal selam
Sesaran: 2,700 long ton (2,700 t) menyelam
Panjang: 72 m (236 ka 3 in)
Lunas: 7 m (23 ka 0 in)
Draft: 6.5 m (21 ka 4 in)
Jana kuasa:
  • Motor dorongan elektrik pada magnet kekal
  • Bateri simpanan dengan jangka hayat lebih lama
  • 2x sistem Pendorongan Bebas Udara (AIP) diesel (AIP) berasaskan sel bahan api oksigen-hidrogen
  • 1 aci
  • 2,700 hp (2,013 kW)
Halaju: 20 knot (23 mph; 37 km/j)+
Ketahanan: 45 hari
Kedalaman ujian: 300 m (984 ka)
Anak kapal: 38 pegawai dan kelasi
Persenjataan:

Kapal selam Kelas Lada dibina oleh Limbungan Admiralty dengan empat hingga enam buah kapal selam dari kelas ini dijangka akan dilancarkan sebelum tahun 2015.

Beberapa versi diturun upaya seperti Projek 1650 Kelas Амур (dinamakan sempena sungai Amur) juga sedang direka untuk pasaran eksport.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting