Kapal selam Kelas Ohio

Kapal selam Kelas Ohio adalah sebuah kelas kapal selam peluru berpandu balistik berkuasa nuklear yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Kelas Ohio telah dinamakan sempena nama USS Ohio yang mana merupakan kapal selam pertama di dalam kelas ini. Sebanyak 18 buah kapal selam kelas ini telah dibina dengan peranan utamanya adalah untuk membawa peluru berpandu Trident II dan peluru berpandu krus Tomahawk. Kelas Ohio membawa kira-kira 50% daripada jumlah inventori peluru berpandu strategik milik A.S.

USS Michigan (SSBN-727).jpg
USS Michigan
Gambaran keseluruhan kelas
Nama:Ohio
Pembina:General Dynamics Electric Boat[1]
Pengguna:Bendera tentera laut Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat[1]
Sebelumnya:Kelas Benjamin Franklin
Jumlah disiapkan:18
Jumlah aktif:18

Kelas Ohio juga merupakan kapal selam terbesar yang dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat, dan kedua terbesar di dunia iaitu selepas kelas Typhoon dari segi sesaran dan saiz (kapal selam Kelas Borei milik Rusia memiliki sesaran yang lebih tinggi semasa menyelam, tetapi tidak semasa timbul).

Kesemua kapal selam dalam kelas Ohio (kecuali USS Henry M. Jackson) telah dinamakan mengikut nama bandar-bandar di A.S.

Kapal di dalam kelasSunting

Kapal selam peluru berpanduSunting

Kapal selam peluru berpandu balistikSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  • The Hunt for Red October, by Tom Clancy (1984)
  • Submarines, War Beneath The Waves, From 1776 To The Present Day, by Robert Hutchinson

Pautan luarSunting