Kapal selam Kelas Victor

Kapal selam Kelas Victor (Rusia memberi kod projek sebagai Projek 671 Shchuka (Pike) merupakan satu pengelasan umum yang diberikan oleh NATO kepada kapal selam berkuasa nuklear yang mula digunakan oleh Kesatuan Soviet pada sekitar tahun 1967. Di Soviet, kapal selam ini dikeluarkan di bawah nama Projek 671. Kapal selam kelas Victor memiliki ciri-ciri bentuk air mata, yang mana membolehkannya belayar pada kelajuan yang tinggi. Tujuan utama kapal selam ini dikeluarkan adalah untuk mempertahankan armada permukaan Soviet dan menyerang kapal selam peluru berpandu Amerika Syarikat, sekiranya perlu.

Sebuah kapal selam kelas Victor III.
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:Soviet
Pengguna:Tentera Laut Soviet
Tentera Laut Rusia
Berkhidmat pada:1967
Ditauliah pada:5 November, 1967
Jumlah disiapkan:49[1]
Ciri-ciri umum
Sesaran: 4,950 tan ringan; 6,990 tan biasa/7,250 tan menyelam.
Panjang: 93 hingga 102 meter (303 hingga 335 kaki)
Lunas: 10 m (33 kaki)
Draft: 7 m (24 kaki)
Jana kuasa:

2x reaktor tekanan air VM-4P (75 MW setiap satu), 2x turbin stim OK-300; 1x bebaling berbilah 7; 31,000 shp pada 290 rpm—2 motor krus elektrik kelajuan rendah; 2 props pada satah kemudi; 1,020 shp pada 500 rpm

Electrik: 4,460 kw tot. (2 × 2,000-kw, 380-V, 50-Hz a.c. OK-2 penjana turbin, 1 × 460-kw set penjana kecemasan diesel)
Ketahanan: 80 hari
Anak kapal: 27 pegawai, 34 pegawai waran, 35 lain-lain pangkat

Soviet, melalui rangkaian perisikannya mengetahui bahawa Amerika Syarikat dengan mudah dapat mengesan kapal selam kelas Victor II (salah satu sub-pengelasan seperti di bawah) dan kemudian memutuskan untuk mengantung pengeluaran kapal selam yang berdasarkan rekabentuk Victor III.

Kapal-kapal sunting

Unit-unit aktif terakhir
# Nama Projek Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Armada Status Nota
B-138 Obninsk 671RTMK 7 Disember 1988 5 Ogos 1989 30 Disember 1990 Armada Utara Aktif Kerja-jkerja baik pulih disiapkan pada tahun 2014 dan 2016.[2]
B-414 Daniil Moskovskiy 671RTMK 1 Disember 1989 31 Ogos 1990 30 Disember 1990 Armada Utara Aktif[3]
B-448 Tambov 671RTMK 31 Januari 1991 17 Oktober 1991 24 September 1992 Armada Utara Aktif[4]
 
Sebuah kapal selam kelas-Victor III timbul ke permukaan.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting