Kapal penyerang amfibia Kelas Mistral

Kapal serangan amfibia Kelas Mistral adalah satu kelas kapal penyerang amfibia. Ia juga dikenali sebagai sebuah kapal pengangkut helikopter, dari Tentera Laut Perancis. Sebuah kapal kelas Mistral mampu mengangkut dan mengatur gerak 16 buah helikopter NHI NH90 atau Tigre, empat baj mendarat, sehingga 70 buah kenderaan termasuk 13 buah kereta kebal Leclerc, atau batalion kereta kebal Leclerc berkekuatan 40 buah,[2] dan 450 anggota tentera. Kapal ini dilengkapkan dengan sebuah hospital dengan 69 buah katil, dan mampu beroperasi sebagai sebahagian daripada Pasukan Tindak Balas NATO, atau dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu atau Kesatuan Eropah.

Mistral
Mistral di Pelabuhan Toulon
Gambaran keseluruhan kelas
Nama:Kapal penyerang amfibia Kelas Mistral
Pembina:Limbungan Brest dan St-Nazaire
Pengguna:*Bendera tentera laut Perancis Marine Nationale
Sebelumnya:Foudre
Kos:€451.6 juta[1] (FY 2012) (~US$600 juta)
Ditauliah pada:Disember 2005 - kini
Jumlah dirancang:5
Jumlah disiapkan:5
Jumlah aktif:Mistral, Tonnerre, Dixmude Gamal Abdel Nasser, Anwar El Sadat
Ciri-ciri umum
Jenis: Pelantar mendarat helikopter
Sesaran:
  • 16,500 tan (kosong)
  • 21,300 tan (muatan penuh)
  • 32,300 tan (dengan balast)
Panjang: 199 meter (653 ka)
Lunas: 32 meter (105 ka)
Draught: 6.3 meter (21 ka)
Installed power: 3x penjana diesel Wärtsilä 16 V32 (6,2 MW) + 1x penjana bantuan diesel Wärtsilä Vasaa 18V200 (3 MW)
Jana kuasa: 2x motor elektrik Mermaïd (2 × 7 MW), 2x bebaling 5-bilah
Halaju: 18.8 knot (35 km/j)
Jarak:
  • 10,800 kilometer (5,800 nmi) pada 18 knot (33 km/j)
  • 19,800 kilometer (10,700 nmi) pada 15 knot (28 km/j)
Bot & lancang
yang dibawa:
  • 4 CTM (chaland de transport de matériel)
  • alternatively, 2 LCAC (Landing Craft, Air Cushion)
Kapasiti: 59 buah kenderaan (termasuk 13 buah Leclerc) atau satu batalion Leclerc dengan 40 buah kereta kebal
Trup:
  • 900 (tempoh singkat)
  • 450 (tempoh lama)
  • 150 (sebagai markas operasi)
Anak kapal: 20 pegawai, 80 bintara muda, 60 kuarter-master
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar navigasi DRBN-38A Decca Bridgemaster E250
  • Radar pengawasan udara/ permukaan MRR3D-NG
  • 2x sistem kawalan tembakan optronik
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 16x helikopter berat atau 35x helikopter ringan
Kemudahan penerbangan: 6x tempat mendarat helikopter

Dua buah kapal dalam kelas ini sedang berkhidmat dengan Tentera Laut Perancis: Mistral dan Tonnerre. Kerja-kerja ke atas kapal ketiga, Dixmude, telah dilancarkan pada April 2009 dan kapal keempat juga mungkin akan dibina.

Eksport sunting

Pembelian oleh Mesir sunting

Pada 7 Ogos 2015, satu sumber diplomatik Perancis mengesahkan bahawa Presiden Hollande telah berbincang dengan Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi semasa lawatan beliau ke Mesir dalam satu majlis perasmian Terusan Suez Baharu di Ismailia.[3][4] Seterusnya, Mesir dan Perancis memuktamadkan perjanjian untuk mendapatkan dua buah kapal kelas Mistral bekas Rusia bagi harga sekitar 950 juta euro, termasuk kos latihan kepada anak kapal Mesir.[5][6] Bercakap di RMC Radio, Jean-Yves Le Drian, Menteri Pertahanan Perancis berkata Mesir telah membayar keseluruhan harga kapal-kapal ini.[7] Mesir juga membeli helikopter Rusia yang akan digunakan di atas kapal ini.

Kapal-kapal sunting

No. Pennant Nama Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Pelabuhan asal
Tentera Laut Perancis
L9013 Mistral 10 Julai 2003 6 Oktober 2004 Februari 2006 Toulon
L9014 Tonnerre 26 Ogos 2003 26 Julai 2005 Disember 2006 Toulon
L9015 Dixmude 18 April 2009 17 September 2010[8] 27 Disember 2012[9] Toulon
Tentera Laut Mesir
L1010 [10] Gamal Abdel Nasser
(bekas-Vladivostok)
18 Jun 2013[11] 20 November 2014[12][13] 2 Jun 2016[14] Safaga[15]
L1020 Anwar El Sadat
(bekas-Sevastopol)
1 Februari 2012[16] 15 Oktober 2013[17][18] 16 September 2016[19] Alexandria

Rujukan sunting

  1. ^ "Projet de loi de finances pour 2013 : Défense : équipement des forces" (dalam bahasa French). Senate of France. 22 November 2012. Dicapai pada 2014-09-26.CS1 maint: unrecognized language (link) Dixmude cost France €451.6m at FY2012 prices
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-02. Dicapai pada 2010-03-02.
  3. ^ Sallon, Hélène (7 August 2015). "Mistral : l'Arabie saoudite et l'Egypte " sont prêtes à tout pour acheter les deux navires "". Le Monde. Dicapai pada 23 September 2015.
  4. ^ "Egypt, Saudi Arabia 'desperate' to purchase Mistral warships". france24. 7 August 2015.
  5. ^ Dalton, Matthew (23 September 2015). "France to Sell Two Mistral Warships to Egypt". Wall Street Journal. Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)
  6. ^ Cullinane, Susannah; Martel, Noisette (23 September 2015). "France to sell Egypt two warships previously contracted to Russia". CNN.
  7. ^ "French Arms Exports Reach All-Time High in 2015". 14 January 2016.
  8. ^ "Saint-Nazaire : Le BPC Dixmude transféré au bassin C". Mer et Marine. 20 December 2010. Dicapai pada 26 December 2010.
  9. ^ Jean-Michel Roche (2012). "Histoire du BPC Dixmude (2008 - ...)". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2012. Dicapai pada 29 Ogos 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "L'impressionnante montée en puissance de la flotte égyptienne". 18 April 2016.
  11. ^ "Франция закладывает второй корабль типа "Мистраль" для России". РИА Новости. Dicapai pada 24 September 2014.
  12. ^ Второй вертолетоносец типа "Мистраль" спущен на воду во Франции
  13. ^ "Второй вертолетоносец типа "Мистраль" для России будет спущен на воду в октябре 2014 года". Dicapai pada 24 September 2014.
  14. ^ "Egypt warship: First French-made Mistral ship handed over - BBC News". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-06-04.
  15. ^ "Egypt's Sisi inspects southern naval fleet units at Port Safaga". 5 January 2017.
  16. ^ "Russian Navy to Receive Mistral Warship in 3 Years". RIA Novosti. Dicapai pada 24 September 2014.
  17. ^ "France Floats Out First Russian Mistral Warship". RIA Novosti. Dicapai pada 24 September 2014.
  18. ^ "DCNS launch Vladivostok, Russian Navy's first Mistral class LHD(Navy recognition)". 16 October 2013.
  19. ^ "Egypt to receive second Mistral helicopter carrier on Friday".

Pautan luar sunting