Buka menu utama
USS Texas, dibina pada tahun 1892, merupakan kapal tempur pra-dreadnought pertama U.S.Navy. Photochrom print c. 1898.

Kapal tempur pre-dreadnought adalah kapal tempur samudera yang dibina antara pertengahan tahun hingga akhir 1880an dan 1905, sebelum pelancaran HMS Dreadnought.[1] Pre-dreadnought menggantikan kapal tempur ironclad tahun 1870an dan 1880an. Dibina daripada keluli, dan dilindungi oleh perisai besi yang keras, kapal tempur pre-dreadnought membawa kumpulan meriam utama yang sangat berat di barbette (terbuka atau dengan perumah senjata berperisai) yang disokong oleh satu atau lebih kumpulan meriam kedua yang lebih ringan. Ia dikuasakan oleh enjin wap peluapan berganda yang berasaskan arang batu.

Berbeza dengan perkembangan suram kapal perang ironclad dalam dekad-dekad yang lalu, tahun 1890an menyaksikan tentera laut di seluruh dunia mula membina kapal tempur kepada reka bentuk yang sama kerana berpuluh-puluh kapal pada dasarnya mengikut rekaan kelas Majestic British.[2] Kesamaan dalam penampilan kapal tempur pada tahun 1890an telah digariskan oleh peningkatan jumlah kapal yang sedang dibina. Kuasa tentera laut baharu seperti Jerman, Jepun, Amerika Syarikat, dan – yang tidak begitu kuat– Itali dan Austria-Hungary, mula menubuhkan armada pre-dreadnought mereka, manakala tentera laut Britain, Perancis, dan Rusia berkembang untuk menghadapi ancaman baru ini. Pertembungan muktamad armada pre-dreadnought adalah antara Tentera Laut Imperial Rusia dan Tentera Laut Imperial Jepun semasa Pertempuran Tsushima pada 27 Mei 1905.[3]

HMS Ocean adalah kapal tempur tipikal pre-dreadnought

Kapal tempur ini tiba-tiba diusangkan oleh kemunculan HMS Dreadnought pada tahun 1906. Dreadnought mengikuti trend reka bentuk kapal tempur yang lebih berat, meriam jarak jauh dengan pemasangan struktur senjata "all-big-gun" sepuluh meriam 12-inci. Enjin turbin stim yang inovatif juga menjadikannya lebih pantas.[4] Pre-dreadnought yang sedia ada telah diatasi dengan jelas, dan kapal tempur baru dan lebih berkuasa telah dikenali pada waktu itu sebagai dreadnought manakala kapal yang telah dibina sebelum itu dinamakan pre-dreadnought.

RujukanSunting

  1. ^ The name is also spelled with a capital D: "pre-Dreadnought" (see Bergantín, pp. 267, 273; Beeler, p. 10), and occasionally "pre-Dreadnaught" or some other variation.
  2. ^ Roberts, p. 112.
  3. ^ Forczyk p. 7 and back cover
  4. ^ Massie, Dreadnought, pp. 474–75.

SumberSunting

Pautan luarSunting