Kapasitans merupakan cas elektrik yang disimpan (atau dipisah) untuk keupayaan elektrik tertentu. Alat yang paling biasa digunakan untuk menyimpan cas ialah kapasitor.

Kalau cas pada plat kapasitor ialah +Q dan -Q masing-masing, dan V merupakan beza keupayaan antara plat, kapasitor diberi sebagai:

Unit SI bagi kapasitans ialah farad (F). 1 farad = 1 koulomb per volt

TenagaSunting

Tenaga (dalam joule) yang disimpan di dalam kapasitor adalah sama dengan kerja yang dibuat untuk mengecasnya. Andaikan kapasitans, C menyimpan cas +q pada satu plat, dan -q pada plat lain. Menggerakkan cas dq dari satu plat ke plat yang lain melawan beza keupayaan V = q/C memerlukan kerja dW:


 

di mana

W ialah kerja dalam joule
q ialah cas dalam koulomb
C ialah farad dalam farad

Tenaga disimpan dalam kapasitor boleh dikira dengan mengamirkan persamaan ini. Bermula daripada kapasitans tidak dicas (q = 0) dan menggerak cas dari satu plat ke plat yang lain sehingga kedua-dua plat mempunyai cas +Q dan -Q masing-masing memerlukan kerja, W:

 

Dengan mengganbungkan persamaan ini dengan persamaan untuk kapasitans kapasitor plat pertama, kita dapat:

  .

di mana

W merupakan tenaga dalam joule
C merupakan kapasitans dalam farad
V merupakan beza keupayaan dalam volt

Lihat jugaSunting