Kapitol Amerika Syarikat

Kapitol Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Capitol) ialah bangunan kapitol yang digunakan sebagai pejabat serta tempat bersidang Kongres Amerika Syarikat, badan perundangan Amerika Syarikat. Bangunan ini terletak di Washington, D.C., di puncak bukit Capitol Hill. Walaupun tidak terletak di tengah-tengah Daerah Columbia, Kapitol ini telah menjadi fokus sukuan daerah ini dibahagikan.

Kapitol Amerika Syarikat
Bangunan Kapitol
Map
Maklumat umum
Gaya seni bina
Neoklasik Amerika
LokasiBukit Kapitol
NegaraAmerika Syarikat
Pembinaan bermula18 September 1793
Pembiayaan$ 412,000
Pelanggan/klienPentadbiran Washington
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekWilliam Thornton

Kapitol pada asalnya direka oleh William Thornton. Pelan ini walau bagaimanapun telah diubah oleh Stephen Hallet, Benjamin Latrobe dan kemudian Charles Bulfinch. Kubah kini dan sayap Dewan Perwakilan dan Senat direka bentuk oleh Thomas U. Walter dan August Schoenborn,[1] dan disiapkan di bawah pengawasan Edward Clark.[2]

Patung yang terletak di atas kubah bangunan ini adalah Patung Kebebasan (Statue of Freedom).

Pada tahun 2007, bangunan Kapitol ini telah mendapat tempat keenam dalam Senarai Senibina Digemari Amerika oleh Institut Arkitek Amerika.

Peristiwa sunting

Pada 5-6 Januari 2021, bangunan Kapitol diserbu oleh kumpulan penyokong Presiden Amerika Syarikat ke-45, Donald Trump sebagai protes untuk membantah pengiraan undi rasmi pilihan raya presiden pada tahun sebelumnya yang menyaksikan kekalahan Trump terhadap calon Parti Demokrat, Joe Biden. Kejadian tersebut telah dibandingkan dengan pembakaran Washington pada 1814 oleh pihak penjajah British semasa Perang 1812, kali terakhir sebuah serbuan sebegitu berlaku di Kapitol.

Rujukan sunting

  1. ^ Robert O. Woods; under the Capitol dome Diarkibkan 2009-01-26 di Wayback Machine ; Mechanical engineering; Jun 2003
  2. ^ A Brief Construction History of the Capitol; Architect of the Capitol

Pautan luar sunting