Karak (filem)
Karak merupakan sebuah filem seram fantasi Malaysia yang mula ditayangkan di pawagam pada 26 Mei 2011.
Karak | |
---|---|
![]() Poster filem Karak | |
Pengarah | Yusry Abd Halim |
Penulis | Yusry Abd Halim (Lakon layar) Norman Abdul Halim (Cerita Asal) |
Dihasilkan oleh | Norman Abdul Halim Yusry Abd Halim Edry Abdul Halim |
Dibintangi | Shahir AF8 Shera Aiyob Kilafairy Along Eyzendy Sidek Hussain |
Disunting oleh | Hafizan Malek |
Tarikh tayangan | 26 Mei 2011 |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bajet | RM 1.14 juta [1] |
Pecah panggung | RM 4.28 juta |
Jalan ceritaSunting
Sekumpulan empat sahabat yang merupakan pelajar kolej terdiri daripada Nik, Zura, Ida dan Jack sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan melalui Lebuhraya Karak selepas percutian mereka di Kuala Lumpur. Namun, kesesakan luar biasa di lebuh raya tersebut di Persimpangan Karak menyebabkan mereka memilih untuk keluar dari lebuh raya dan sebaliknya melalui Laluan Persekutuan . Semasa berhenti rehat di pekan Karak, Nik dan Jack diganggu hantu semasa berada di sebuah tandas yang usang dan tidak terurus. Semasa mereka meneruskan perjalanan di jalan raya persekutuan itu, sekali lagi mereka diganggu hantu sehingga menyebabkan kereta yang dipandu Jack hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung. Setelah Zura berjaya mendapatkan rakan-rakannya, mereka menjumpai sebuah rumah di dalam hutan yang didiami oleh Tok Malam serta sepakat untuk menumpang di rumah tersebut sementara menunggu hari siang untuk mendapatkan bantuan. Namun demikian, pelbagai kejadian seram telah berlaku semasa mereka berada di rumah tersebut. Adalah didedahkan bahawa hantu-hantu yang mengganggu mereka selama ini asalnya merupakan hantu belaan arwah isteri Tok Malam, manakala pada penghujung cerita pula didedahkan bahawa Nik, Ida dan Jack sebenarnya sudah mati akibat kemalangan tersebut; "rakan-rakan" Zura semasa di rumah Tok Malam pula adalah hantu-hantu yang mahu menyesatkan Zura.
PengarahSunting
PelakonSunting
- Shahir AF8 - Nik
- Shera Aiyob - Zura
- Along Eyzendy - Jack
- Kilafairy - Ida
- Sidek Hussain - Tok Malam
- Siti Nurfatihah Md Aziz - Nenek tua/Perempuan baju kebaya
- Fazli Daniel Ali - Budak buta
- Syed Ali - Abang Ida
- Mohd Fared Basri - Hantu langsuir
- Sobri Anuar - Watak suami
- Sherry Nor Shella Soep - Watak isteri
- Soffi Jikan - Pengemis
Lihat jugaSunting
Pautan luarSunting
- Karak Diarkibkan 2011-04-27 di Wayback Machine di Sinema Malaysia
- Filem 2011 di FINAS
RujukanSunting
- ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.