Karakalpakistan (Uzbek: Qoraqalpoghiston Respublikasi atau Қорақалпоғистон Республикаси; Karakalpak: Қарақалпақстан Республикасы atau Qaraqalpaqstan Respublikası) ialah satu republik autonomi Uzbekistan. Ia merangkumi seluruh kawasan hujung barat Uzbekistan. Ibu negeri kepada republik ini ialah Nukus (Karakalpak: Nökis or Нөкис). Keluasan republik ini sehingga 160,000 km2. Wilayahnya merangkumi tanah Khwarezm lama, walaupun dalam kesusateraan Parsi lama, kawasan berikut dikenali sebagai "Kāth".

Republik Karakalpakistan
Qoraqalpoghiston Respublikasi
Қарақалпақстан Республикасы
Bendera Karakalpakistan
Bendera
Ibu negara
dan bandar terbesar
Nukus
Bahasa rasmiKarakalpak, Uzbek
KerajaanRepublik Autonomi Uzbekistan
Mata wangSom
(UZS)
DPT internet.qr

Demografik sunting

Populasi Republik Karalpakistan dianggar pada 1,200,000 orang, dimana 400,000 merupakan dari kaum Karakalpak, 400,000 dari kaum Uzbek dan 300,000 dari kaum Kazakh. Bangsa Karakalpak bercirikan kehidupan nomad, kebanyakkan mereka adalah nelayan dan pengembala, dan pertama disebut dalam kurun ke-16. Nama mereka membawa maksud "Topi Hitam", tetapi kebudayaan Karakalpak telah terhapus semasa pemerintahan Soviet, dimana topi hitam yang asal tidak dikenali. Bahasa Karalpak dikira rapat dengan bahasa Kazakh dari bahasa Uzbek. Nyatanya, tuduhan tentang kaum etnik mengenai penubuhan kerajaan Soviet adalah untuk memecah-belahkan populasi Kazakh. Bahasa yang ditulis dalam abjad Cyrillic telah diubah atau dilakukan modifikasi semasa zaman Soviet, dan penggunaan abjad Latin bermula sejak tahun 1996.

Selain ibu negerinya, Nukus, bandar-bandar besar termasuklah Hojeli (Uzbek: Hujayli; Russian Khodzheyli), Khorezm dan pelabuhan tinggal Moynaq, (Uzbek: Maynoq;Russian Muynak), di Laut Aral, yang kini jauh berbatu-batu ditengah-tengah negeri.

Ekonomi sunting

Perikanan merupakan industri yang paling utama di negeri ini. Walaupun begitu, ia juga dibantu oleh industri kapas, beras dan buah-buah keluarga Cucurbitaceae. Kuasa hidroelektrik dari stesen di Amu Darya memainkan peranan penting. Delta Amu Darya, dibawah Khorezem, dikatakan berkuasa dan maju, kerana delta Amu Darya pernah mempunyai pendudukan yang paling ramai. Perubahan ekologikal Laut Aral, juga menggangu persekitaran delta.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting