Karam Singh Walia

Wartawan penyiaran Malaysia

Dato' Karam Singh Walia merupakan wartawan penyiaran Malaysia, beliau ialah seorang wartawan penyiaran di stesen televisyen swasta negara, TV3 di mana beliau berkhidmat dengan TV3 dari 1990 hingga 2014. Laporan beliau disiarkan menerusi Buletin Utama, TV3. Beliau juga pernah berlakon sebagai tuan rumah iaitu penampilan khas dalam Kecoh Betul . [1]..

Laporan khas Lynas sunting

Pada 24 Ogos 2011, TV3 menyiarkan laporan bahawa radiasi dari loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan , Pahang tidaklah berbahaya sebagaimana digembar-gemburkan oleh pemimpin PKR. TV3 menyiarkan penjelasan dari saintis iaitu Dr Che Rosli Che Mat dan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli. Naib Presiden PKR Fuziah Salleh menjelaskan bahawa mereka telah mendapatkan pendapat pakar bidang kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.

11 syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) belum dipatuhi. Syarat AELB itu akan melambatkan projek itu selama dua tahun. Laporan IAEA tidak perlu kerana tidak melibatkan tenaga nuklear. [2]

Kebimbangan mengenai pencemaran itu disebabkan kes sebelum di mana nadir bumi di Maywood Site, Amerika Syarikat melalui anak sungai yang membawa bahan cemar ke kawasan sekitar.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Karam Singh Walia Sinar Harian (14 Februari 2014). Dicapai pada 1 November 2014.
  2. ^ Fuziah bidas TV3, PAS mahu tindakan terhadap Che Rosli[pautan mati kekal]
  3. ^ "Maywood Site". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-22. Dicapai pada 2011-08-27.

Pautan luar sunting