Karan Kumar Johar (lahir Rahul Kumar Johar, 25 Mei 1972),[1] atau dirujuk sebagai KJo,[2] ialah seorang pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, pereka kostum, dan pengacara televisyen India yang bekerja di filem Hindi.[3] Beliau ialah anak kepada Hiroo Johar dan Yash Johar.[4][5]

Karan Johar
Johar di Anugerah Filmfare ke-61 pada 2016
Kelahiran
Rahul Kumar Johar[1]

(1972-05-25) 25 Mei 1972 (umur 52)
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, pereka kostum, pengacara televisyen
Tahun aktif1998–kini
Anak-anak2
Ibu bapaYash Johar
Hiroo Johar
SaudaraYash Chopra (bapa saudara sebelah ibu)
Tandatangan

Johar mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem drama romantik Kuch Kuch Hota Hai (1998), yang memperolehi beliau Anugerah Filmfare untuk Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Dua filem beliau seterusnya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham... (2001) dan Kabhi Alvida Naa Kehna (2006), yang kedua-duanya amat berjaya di pasaran luar negara. Drama sosialnya My Name Is Khan (2010) memperoleh beliau, Anugerah Filmfare untuk Pengarah Terbaik kedua. Filem thriler pengintip 2018 Raazi memenangi Anugerah Filmfare untuk Filem Terbaik. Ini, bersama-sama dengan beberapa filem yang berjaya, beliau terbitkan di bawah Dharma Productions, telah menjadikannya sebagai salah seorang pengarah-penerbit terulung di pawagam Hindi.

Johar juga berjaya menceburi bidang hiburan industri lain. Beliau menjadi pengacara rancangan bual bicara televisyen, Koffee with Karan, dan rancangan radio Calling Karan, dan muncul sebagai juri untuk rancangan realiti pertandingan Jhalak Dikhhla Jaa, India's Got Talent, India's Next Superstars.

Filemografi

sunting

Pengarah

sunting

Pelakon

sunting
Tahun Tajuk Peranan Catatan
1989 Indradhanush Srikanth Siri televisyen
1995 Dilwale Dulhania Le Jayenge Rocky Pembantu pengarah
2003 Kal Ho Naa Ho Pelanggan di kafe (tidak dikreditkan)
2005 Home Delivery: Aapko... Ghar Tak Dirinya sendiri (kameo)
2006 Alag Kameo dalam lagu "Sabse Alag"
2007 Salaam-e-Ishq Dirinya sendiri (suara)
2007 Om Shanti Om Dirinya sendiri (kameo)
2008 C Kkompany Dirinya sendiri (kameo)
Fashion Dirinya sendiri (kameo)
2009 Luck By Chance Dirinya sendiri (kameo)
2014 Hasee Toh Phasee Klien
2015 Bombay Velvet Kaizad Khambatta Filem cereka pertama
2015 Shaandaar Dirinya sendiri (kameo)[6]
2018 Welcome to New York Karan/Arjun

Televisyen

sunting
Tajuk Peranan Saluran TV
Koffee with Karan Hos
Jhalak Dikhhla Jaa Judge Colors TV
India's Got Talent
India's Next Superstars Star Plus
Dil Hai Hindustani

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Basu, Nilanjana (16 December 2018). "Koffee With Karan 6: Ayushmann Khurrana, Vicky Kaushal Discover Karan Johar Was Originally Named As..." NDTV. NDTV Convergence Limited. Dicapai pada 16 December 2018.
  2. ^ "KJo meets Kareena on sets of Heroine". Dicapai pada 8 June 2012.
  3. ^ Karan Johar opens up about his sexuality, virginity and Shah Rukh Khan in his new book
  4. ^ Nandy, Pritish (9 December 1998). "'All the women I meet keep telling me how much they cried in the film! That's what made it a hit, I guess.'". Rediff.Com. Dicapai pada 6 March 2008.
  5. ^ V S Srinivasan (15 October 1998). "'I'm a little scared'". Rediff.Com. Dicapai pada 6 March 2008.
  6. ^ Thakker, Namrata (13 November 2014). "Karan Johar's acting again!". Daily News and Analysis. Dicapai pada 13 November 2014.

Pautan luar

sunting