Karim Bujang
Datuk Karim Bujang ialah ahli politik Malaysia kelahiran Sabah. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk DUN Bongawan selama lima penggal dari 1990 hingga 2013[1]. Beliau pada mulanya merupakan anggota Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) sebelum parti itu bergabung dengan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) bagi membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 1991. Beliau pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Barisan Nasional Sabah. Pada 2018, beliau menyertai Parti Warisan Sabah, mengetuai Warisan di Parlimen Kimanis dan menjadi calon dalam pilihan raya umum 2018 dan pilihan raya kecil Kimanis 2020[2]. Beliau meninggalkan Parti Warisan seminggu sebelum beliau menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah pada 17 Mac 2024, dan seterusnya keahlian beliau diluluskan dalam parti tempatan berkenaan pada 18 Mac 2024[3].
Datuk Karim Bujang P.G.D.K., K.M.N. | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Bongawan | |
Dalam jawatan 1990–2013 | |
Didahului oleh | Abdul Ghani Bidin |
Digantikan oleh | Mohamad Alamin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 3 Jun 1953 Kimanis, Papar, Sabah |
Parti politik | Parti Gagasan Rakyat Sabah (2024-kini) Parti Warisan Sabah (2018-2024) (1996-2018) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (hingga 1996) |
Kerjaya politik
suntingBeliau telah menjadi salah satu ahli politik utama PGRS/Gagasan Rakyat selepas beliau menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada 17 Mac 2024[4]. Seminggu sebelumnya, beliau telah mengumumkan untuk tinggalkan Parti Warisan kerana mendakwa barisan kepemimpinan Warisan telah lari dari perjuangan selepas melebarkan sayap ke tanah semenanjung dan mendeklarasikan parti tersebut bukan lagi tempatan melainkan parti nasionalisme.
Anugerah dan pengiktirafan
suntingRujukan
sunting- ^ Lichong Angkui (5 Januari 2020). "Naratif apa mahu diangkat pengundi Kimanis?". Utusan Borneo. Dicapai pada 18 November 2021.
- ^ Mohd Izham Unnip Abdullah (Januari 2, 2020). "Karim Bujang, calon WARISAN di Kimanis". Harian Metro. Dicapai pada 18 November 2021.
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/655049/berita/politik/bekas-adun-bongawan-sertai-gagasan-rakyat
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/655049/berita/politik/bekas-adun-bongawan-sertai-gagasan-rakyat