Abdul Karim Abdul Latiff (8 Februari 1937 – 18 Ogos 2015) merupakan seorang pelakon filem Melayu. yang paling dikenali Sinonim dengan watak Safar di layar perak dalam trilogi Ahmad Albab bersama Tan Sri P. Ramlee.[1] Beliau berasal dari Rembau, Negeri Sembilan berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura ketika berumur 18 tahun. Selain menyerlah dalam filem Sumpah Pontianak, Mahsuri, Anak Bapak, Masam-Masam Manis, Keluarga 69, beliau juga berbakat dalam arena seni suara.

Karim Latiff
Kelahiran
Abdul Karim bin Abdul Latiff

(1937-02-08)8 Februari 1937
Meninggal dunia18 Ogos 2015(2015-08-18) (umur 78)
Sebab kematianKanser paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1958–1992
PasanganChe Asma Hussain
Anak-anak5

Kehidupan peribadi sunting

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Che Asma Hussain dan memiliki 5 orang anak, iaitu Izuddin Nizam, Izmir, Nur Iznita, Izhar dan Izralfiddin.[2]

Kerjaya sunting

Beliau menceburi karier seni seawal usia lapan tahun sebagai penyanyi, Karim pernah memasuki pertandingan Bintang Radio pada 1950-an hingga ke peringkat akhir, namun nasib tidak menyebelahinya.

Beliau kemudiannya mengikuti kumpulan Sandiwara Suria Negara dan menjelajah seluruh negara dengan mengadakan pementasan drama serta nyanyian.

Pun begitu, disebabkan minat mendalam terhadap lakonan, dia berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura seorang diri ketika berusia 18 tahun untuk mengejar cita-cita bergelar bintang.

Waktu itu beliau ditawarkan watak sebagai pelakon pembantu oleh Allahyarham A. R. Tompel di bawah syarikat miliknya, Sandiwara Kencana dengan bayaran RM3 sehari. Dari situ, beliau mula berlakon drama TV pada 1964 dan antara drama yang mempopularkannya seperti siri Keluarga Tompel dan Potret Pekerti. Beliau paling dikenali menerusi filem Ahmad Albab memegang watak Safar pada 1968.

Pada masa sama, beliau bekerja di RTM sebagai pengalih suara untuk filem. Selepas muncul sebagai anak wayang, beliau mendapat banyak tawaran daripada Merdeka Studio. Antara filem lakonannya ialah Sumpah Pontianak, Selendang Delima, Mahsuri, Anak Bapak, Masam-Masam Manis, Keluarga 69, Lain Jalan Ka-Shorga serta Amok Tok Nading.

Kematian sunting

Pada 2014, Karim hanya mampu duduk di kerusi urut selepas mengalami masalah penglihatan dan tidak mampu berdiri lama selain sakit kencing manis dan asma. Beliau meninggal dunia pada 18 Ogos 2015 [3] akibat barah paru-paru.[4][5][6]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1958 Sumpah Pontianak Filem pertama
Selendang Delima
1959 Mahsuri
1963 Tangkap Basah Sepupu Mawar
1965 Masam-Masam Manis Encik Salleh
1966 Do Re Mi Pelanggan Buloh Inn Pelakon tambahan
Nasib Do Re Mi Doktor
1967 Keluarga 69 Encik Ghazali
1968 Gerimis Azman
Ahmad Albab Safar bin Sahibul
Anak Bapak Rashid
Lain Jalan Ka-Shorga Amir
Amok Tok Nading
Miang Miang Keladi Pengacara Kelab Malam
1969 6 Jahanam Sultan
1975 Bunga Padi Berdaun Lalang
1978 Dayang Suhana
1979 Penagih Dadah
1987 Mr. Os Encik. Bakar
1990 Warna-Warna Hati Filem terakhir

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1992 Suriati TV3

Rujukan sunting

  1. ^ "Hanya duduk atas kerusi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-08.
  2. ^ Pelakon filem Ahmad Albab, Karim Latiff meninggal dunia
  3. ^ Pelakon veteran Karim Latiff meninggal dunia
  4. ^ "Seniman veteran Karim Latiff meninggal dunia akibat kanser paru-paru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-19. Dicapai pada 2015-08-22.
  5. ^ "Pelakon Filem Ahmad Albab, Karim Latiff Meninggal Dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-20. Dicapai pada 2015-08-22.
  6. ^ Seniman veteran Karim Latiff meninggal dunia

Pautan luar sunting