Karl-Heinz Rummenigge
Karl-Heinz "Kalle" Rummenigge (Sebutan bahasa Jerman: [ˈkaʁlˈhaɪ̯nt͡s ˈkalə ˈʁʊmənɪɡə]; lahir 25 September 1955) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi penyerang.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Karl-Heinz Rummenigge | ||
Tarikh lahir | 25 September 1955 | ||
Tempat lahir | Lippstadt, Jerman Barat | ||
Ketinggian | 1.82 m (5 ka 11 11⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Bayern Munich (Pengerusi) | ||
Kerjaya remaja | |||
1963–1974 | Borussia Lippstadt | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1974–1984 | Bayern Munich | 310 | (162) |
1984–1987 | Inter Milan | 64 | (24) |
1987–1989 | Servette | 50 | (34) |
Jumlah | 424 | (220) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1975 | Jerman B | 1 | (0) |
1976–1986 | Jerman Barat | 95 | (45) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Beliau menikmati banyak kejayaan ketika di Bayern Munich apabila beliau meraih Piala Antara Benua, Piala Eropah serta dua gelaran liga dan dua piala domestik.
Sebagai pemain pasukan kebangsaan Jerman Barat, Rummenigge memenangi Kejohanan Eropah 1980 dan sebahagian daripada skuad kebangsaan yang mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1982 dan Piala Dunia 1986. Beliau dinobatkan Pemain Terbaik Eropah sebanyak dua kali.
Beliau kini menjadi Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) bagi FC Bayern München AG, sebuah cabang syarikat daripada pasukan Bundesliga, Bayern Munich selain turut menjawat sebagai Pengerusi Persatuan Kelab Eropah. Pada tahun 2004, beliau dipilih Pelé ke dalam senarai FIFA 100.
Kerjaya kelab
suntingBeliau sertai FC Bayern Munich dari kelab amatur Westphalia, Borrusia Lippstadt pada tahun 1974 dalam perpindahan kira-kira 10 ribu euro. Beliau seterusnya mempamerkan kekuatan dirinya sebagai seorang penggelecek bola. Kualiti pada dirinya amat menakjubkan dan prestasi Rummenigge mula meningkat dari tahun ke tahun lebih-lebih lagi selepas ketibaan jurulatih Pal Csernai pada tahun 1979. Pada musim 1979–80, beliau menjaringkan 26 gol dan menjadi penjaring terbanyak Bundesliga buat kali pertama. Pencapaian ini diulangi pada tahun 1981 (29 gol) dan 1984 (26 gol).
Bersama Bayern, beliau mengambil bahagian dalam perlawanan akhir Piala Eropah pada tahun 1976 dan menang ke atas AS Saint-Étienne. Pada tahun yang sama, beliau turut membantu Bayern memenangi Piala Antara Benua menentang Cruzeiro EC dari Brazil.
Pada era jurulatih Csernai, beliau bersama pemain tengah, Paul Breitner membentuk gandingan mantap pasukan yang dikenali sebagai "Breitnigge". (nama dicipta oleh akhbar Jerman Bild).
Bayern pada masa itu turut digelar "FC Breitnigge" meraih kejuaraan Bundesliga pada tahun 1980 dan 1981, serta DFB-Pokal pada tahun 1982 dan 1984. Sementara itu, Bayern hampir mendekati gelaran Piala Eropah tetapi tewas kepada Aston Villa pada tahun 1982. Pada Piala Eropah musim sebelumnya, Rummenigge menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol.
Sumbangannya yang berterusan kepada kelab dan pasukan kebangsaan Jerman membolehkan beliau menggapai anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman pada tahun 1980 dan dinobatkan Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah pada musim 1980-81.
Pada tahun 1984 ketika berusia 29 tahun, beliau melakukan perpindahan ke Inter Milan dalam perpindahan sebanyak 5.7 juta euro. Karier Rummenigge di Itali diselubungi dengan masalah kecederaan. Apabila kontraknya tamat pada tahun 1987, Rummenigge berpindah ke kelab Liga Super Swiss, Servette FC di Geneva. Pada musim terakhirnya, beliau menjadi penjaring terbanyak liga dengan 24 gol.
Kerjaya antarabangsa
suntingBersama pasukan kebangsaan Jerman Barat, beliau mengambil bahagian dalam Piala Dunia 1978, 1982 dan 1986. Pada edisi 1978, pasukan Jerman Barat tersingkir pada pusingan kedua peringkat kumpulan. Pada edisi 1982 dan 1986 pula, masing-masing Jerman Barat dinobatkan sebagai naib juara (kepada Itali pada 1982 dan Argentina pada 1986).
Rummenigge turut mengambil bahagian dalam dua edisi Kejohanan Eropah. Pada edisi Euro 1980 di Itali, Jerman Barat menewaskan Belgium pada perlawanan akhir 2-1 sebelum dinobatkan juara. Seterusnya, edisi 1984 yang berlangsung di Perancis dikira salah satu kejohanan yang memedihkan dalam sejarah pasukan kebangsaan Jerman. Pasukan Jerman Barat tersingkir awal pada peringkat kumpulan.
Antara tahun 1976 dan 1986, Rummenigge telah tampil dalam 95 perlawanan dan menjaringkan 45 gol antarabangsa untuk pasukan Jerman Barat dan salah satu daripadanya ketika perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1986.
Statistik
suntingPasukan kebangsaan Jerman Barat | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
1976 | 2 | 0 |
1977 | 6 | 1 |
1978 | 12 | 4 |
1979 | 8 | 5 |
1980 | 10 | 4 |
1981 | 11 | 9 |
1982 | 13 | 9 |
1983 | 10 | 8 |
1984 | 8 | 1 |
1985 | 6 | 3 |
1986 | 9 | 1 |
Jumlah | 95 | 45 |
Gol antarabangsa
suntingGol antarabangsa oleh Karl-Heinz Rummenigge | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
8 Oktober 1977 | Berlin, Jerman | Itali | Persahabatan | |||
6 Jun 1978 | Córdoba, Argentina | Mexico | Piala Dunia 1978 | |||
21 Jun 1978 | Córdoba, Argentina | Austria | ||||
20 Disember 1978 | Düsseldorf, Jerman | Belanda | Persahabatan | |||
22 Mei 1979 | Dublin, Republik Ireland | Ireland | ||||
12 September 1979 | Berlin, Jerman | Argentina | ||||
17 Oktober 1979 | Cologne, Jerman | Wales | Kelayakan Euro 1980 | |||
21 November 1979 | Tbilisi, RRS Georgia | Kesatuan Soviet | Persahabatan | |||
27 Februari 1980 | Bremen, Jerman | Malta | Kelayakan Euro 1980 | |||
13 Mei 1980 | Frankfurt, Jerman | Poland | Persahabatan | |||
11 Jun 1980 | Rom, Itali | Czechoslovakia | UEFA Euro 1980 | |||
3 Disember 1980 | Sofia, Bulgaria | Bulgaria | Kelayakan Piala Dunia 1982 | |||
2 September 1981 | Chorzów, Poland | Poland | Persahabatan | |||
23 September 1981 | Bochum, Jerman | Finland | 2–1 | 7–1 | Kelayakan Piala Dunia 1982 | |
4–1 | ||||||
6–1 | ||||||
18 November 1981 | Dortmund, Jerman | Albania | 1–0 | 8–0 | ||
2–0 | ||||||
5–0 | ||||||
22 November 1981 | Düsseldorf, Jerman | Bulgaria | ||||
12 Mei 1982 | Oslo, Norway | Norway | Persahabatan | |||
16 Jun 1982 | Gijón, Sepanyol | Algeria | Piala Dunia 1982 | |||
20 Jun 1982 | Gijón, Sepanyol | Chile | 1–0 | 4–1 | ||
2–0 | ||||||
3–0 | ||||||
8 Julai 1982 | Seville, Sepanyol | Perancis | ||||
13 Oktober 1982 | London, England | England | Persahabatan | |||
30 Mac 1983 | Tirana, Albania | Albania | Kelayakan Euro 1984 | |||
23 April 1983 | İzmir, Turki | Turki | ||||
7 Jun 1983 | Bandar Luxembourg, Luxembourg | Yugoslavia | Persahabatan | |||
5 Oktober 1983 | Gelsenkirchen, Jerman | Austria | Kelayakan Euro 1984 | |||
26 Oktober 1983 | Berlin, Jerman | Turki | ||||
20 November 1983 | Saarbrücken, Jerman | Albania | ||||
17 Oktober 1984 | Cologne, Jerman | Sweden | Kelayakan Piala Dunia 1984 | |||
27 Mac 1985 | Saarbrücken, Jerman | Malta | ||||
17 November 1985 | Munich, Jerman | Czechoslovakia | ||||
29 Jun 1986 | Bandaraya Mexico, Mexico | Argentina | Piala Dunia 1986 |
Selepas bersara
suntingDari tahun 1990 hingga 1994, Rummenigge bekerja sebagai pengulas TV bagi perlawanan pasukan kebangsaan Jerman. Pada musim luruh 1991, Bayern Munich memanggil Franz Beckenbauer dan Rummenigge kembali ke kelab sebagai naib presiden. Rummenigge memegang jawatan ini sehingga tahun 2002 apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Eksekutif. Menurut kelab, peranan beliau adalah bertanggungjawab dalam hubungan luaran, media baru, hal ehwal lembaga dan mewakili syarikat induk pada badan-badan kebangsaan dan antarabangsa.
Statistik kerjaya
suntingKelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Bayern Munich | 1974–75 | 21 | 5 | 3 | 1 | 4 | 0 | 28 | 6 |
1975–76 | 32 | 8 | 7 | 2 | 9 | 3 | 48 | 13 | |
1976–77 | 31 | 12 | 5 | 2 | 6 | 1 | 42 | 15 | |
1977–78 | 29 | 8 | 3 | 0 | 6 | 6 | 38 | 14 | |
1978–79 | 34 | 14 | 2 | 0 | — | 36 | 14 | ||
1979–80 | 34 | 26 | 3 | 5 | 10 | 5 | 47 | 36 | |
1980–81 | 34 | 29 | 3 | 4 | 8 | 6 | 45 | 39 | |
1981–82 | 32 | 14 | 7 | 7 | 9 | 6 | 48 | 27 | |
1982–83 | 34 | 20 | 2 | 0 | 6 | 1 | 42 | 21 | |
1983–84 | 29 | 26 | 7 | 4 | 6 | 2 | 42 | 32 | |
Jumlah | 310 | 162 | 42 | 25 | 64 | 30 | 416 | 217 | |
Internazionale | 1984–85 | 26 | 8 | 9 | 5 | 9 | 5 | 44 | 18 |
1985–86 | 24 | 13 | 6 | 2 | 9 | 3 | 39 | 18 | |
1986–87 | 13 | 3 | 5 | 2 | 5 | 1 | 24 | 16 | |
Jumlah | 64 | 24 | 20 | 9 | 23 | 9 | 107 | 42 | |
Servette | 1987–88 | 26 | 8 | 9 | 5 | 9 | 5 | 44 | 18 |
1988–89 | 24 | 13 | 6 | 2 | 9 | 3 | 39 | 18 | |
Jumlah | 60 | 34 | 0 | 0 | 4 | 0 | 64 | 34 | |
Jumlah kerjaya | 434 | 220 | 62 | 34 | 91 | 39 | 587 | 293 |
Pencapaian
suntingKelab
sunting- Bayern Munich
- Bundesliga: 1979–80, 1980–81
- DFB-Pokal: 1981–82, 1983–84
- DFL-Supercup: 1982
- Piala Eropah: 1974-75, 1975-76
- Piala Antara Benua: 1976
Antarabangsa
sunting- Jerman
Individu
sunting- Penjaring Terbanyak Bundesliga: 1981, 1984, 1986
- Bintang Pasukan Pilihan Kejohanan Eropah: 1980
- Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman: 1980
- Pemain Terbaik Dunia oleh Guerin Sportivo: 1980
- Onze d'Or: 1980, 1981
- Ballon d'Or: 1980, 1981
- Bravo Otto: 1980, 1982, 1983, 1984
- Penjaring Terbanyak Piala Eropah: 1981
- Kasut Perak Piala Dunia FIFA: 1982
- Bola Gangsa Piala Dunia FIFA: 1982
- Bintang Pasukan Pilihan Piala Dunia FIFA: 1982
- Penjaring Terbanyak DFB-Pokal: 1982
- Onze de Bronze: 1983
- Penjaring Terbanyak Liga Super Swiss: 1989
- FIFA 100
- Golden Foot
Nota
sunting- ^ Jerman menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti 5-4.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Karl-Heinz Rummenigge |
- Karl-Heinz Rummenigge at fcbayern.de
- Karl-Heinz Rummenigge at soccer-Europe.com
Kedudukan sukan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Bernard Dietz |
Kapten Jerman Barat 1981–1986 |
Diikuti oleh: Harald Schumacher |
Didahului oleh Paul Breitner |
Kapten Bayern Munich 1983–1984 |
Diikuti oleh: Klaus Augenthaler |