Karotena merupakan sebatian organik dengan formula kimia C40H56 yang merupakan pigmen berwarna jingga. Beberapa anggotanya terlibat dalam fotosintesis. Zat ini memberikan warna jingga akar tunjang lobak merah dan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran. Karotena adalah kelompok besar di dalam kelompok persenyawaan penting karotenoid.

Karotena memberikan warna oren pada lobak merah dan pelbagai buah-buahan serta sayuran lain.

Secara biokimia, karotena termasuk dalam golongan turpena, yang disintesis secara biokimia dari lapan satuan isoprena. Ia dikenal dalam dua bentuk utama yang diberi aksara Yunani: alfa-karotena (α-karotena) dan beta-karotena (β-karotena), gamma-, delta-, dan epsilon- (γ, δ, dan ε-karotena) juga dikenali dalam jumlah yang sedikit. Beta-karotena terdiri dari dua kumpulan retinil, dan dipecah dalam mukosa dari usus kecil oleh beta-karotena dioksigenase menjadi retinol, sebuah bentuk dari vitamin A. Karotena dapat disimpan dalam hati dan diubah menjadi vitamin A sesuai keperluan, sehingga ia dapat dianggap sebagai provitamin.

Dalam sel tumbuhan, karotena ditemui di dalam plastid tersendiri yang terpisah daripada kloroplas, dan disebut kromoplas karotena. Organel ini (kromoplas) tidak ditemui selain pada tumbuhan hijau.

Pautan luar sunting