Kartika Sari Dewi Shukarnor

Kartika Sari Dewi Shukarnor (32) berasal dari Sungai Siput, Perak .Dia merupakan model pelancongan.[1]

Kesalahan minum arak sunting

Pada 11 Julai 2008, tertuduh didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Pahang,Malaysia jam 11.40 . Kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang .Sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak. Jika gagal membayar denda , dia akan dipenjara 3 tahun. Tertuduh mengaku bersalah ketika didakwa di mahkamah itu pada 1 Disember 2008.

Peguamnya ialah Mohd Zuki Che Mat Ghani.Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Saiful Idham Sahimi.[2]

Kontroversi sunting

Pendirian tegas Kartika sunting

Anehnya Kartika teguh dengan pendirian untuk menerima hukuman sebat itu dan minta dipercepatkan.Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan dia merayu di Mahkamah Syariah Pahang .Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap Kartika Sari Dewi merayu hukuman diringankan. Shahrizat cukup gerun jika sistem syariah di Malaysia akan dituduh zalim . Bagi Shahrizat, hukuman itu sangat berat bagi seorang wanita Melayu / Islam.

Sebaliknya Kartika tidak mahu merayu-rayu, tetapi reda dengan hukuman sebagaimana zaman Rasulullah . Penerima hukuman sebat di dunia akan diampunkan di akhirat kelak. Dalam sejarah Islam memang ada wanita yang meminta Rasulullah menjalankan hukuman atas kesalahan zina. Nabi Muhamad menangguhkan hukuman sehingga bayi dilahirkan. Kartika mendapatkan pandangan daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria di Ipoh. Ketua Hakim Syariah di Perak telah berhubung dengan Ketua Hakim Syariah) Pahang untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang hukuman tersebut.[3]

Pro dan kontra hukuman sebat sunting

Hukuman ini ditangguhkan hingga selepas hari raya aidil Fitri pada 20 September 2009. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menyatakan tidak ada tukang sebat di Penjara Kajang. Oleh itu Kartika terpaksa dihantar pulang semula. Kemudian laporan menyatakan 'tukang sebat' telah disediakan untuk melaksanakan hukuman sebat tersebut.

NGO bantah SIS dan JAG sunting

Pada 25 Ogos 2009,Pengarah Ekskutif Sisters In Islam, Dr Hamidah Merican yang mewakili The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) menyerahkan memorandum bantahan bertajuk 'Justice For Kartika' kepada Shahrizat. Mereka mendesak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan terhadap keputusan mahkamah itu. [4]

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Pahang menyerahkan isu diselesaikan di mahkamah sahaja. Kontroversi ini 'dilembutkan' sempena bulan Ramadan ketika mana umat Islam berpuasa.[5]

Pada 2 Oktober 2009, 14 NGO Islam kesal dengan SIS dan JAG. JAG dan SIS menganggap hukuman sebat ini kejam terhadap wanita. SIS dan JAG berpendapat hukuman ini mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang. Amidi Abdul Manan dari ABIM menjadi jurucakap NGO tersebut . Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah adalah bererti menghina Sultan Pahang. Mereka tidak patut mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam. Laporan polis terhadap JAG dan SIS yang menghina Islam akan dibuat.

14 NGO tersebut ialah Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (ABIM), Peguam-peguam Syarie Negeri Pahang, Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang (JIM), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Malaysia Chinese Muslim Association negeri Pahang, Pekida Pahang, Badan Nadwah Ummah Negeri Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah negeri Pahang, Ikatan Pengkajian Islam Pahang, Majlis Kebajikan India Muslim Pahang, Persatuan Melayu Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Pahang dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Pahang.

Seminar pelaksanaan hukuman sebat akan diadakan di di dewan Jabatan Agama Islam Pahang pada 25 Oktober 2009.Tujuannya memberi kefahaman kepada semua berhubung hukuman sebat.Demonstrasi hukuman sebat akan diadakan. [6]

Peleraian sunting

Pada 1 April 2010, setelah lama menanti hukuman sebatan, digemparkan pula berita mengejutkan bahawa Kartika menerima pengampunan dari Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah lalu hukuman sebatannya diringankan menjadi khidmat sosial yang wajib ditunaikannya pada tarikh yang bakal ditentukan.[7]

Menurut Seksyen 133, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002, Sultan Pahang, atas nasihat mufti boleh meringan atau memberi pengampunan kepada mana-mana pesalah syariah tanpa persetujuan orang yang telah dihukum.Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan menjelaskan bahawa ia kesalahan pertama.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Hormati keputusan Sultan Pahang - Muip
  2. ^ Minum arak: Model dihukum 6 sebatan
  3. ^ Kartika Tetap Tunggu Hukuman Sebat, Tidak Mahu Kemuka Rayuan
  4. ^ Shahrizat Harap Kartika Mohon Semakan
  5. ^ Biar Mahkamah Selesaikan Isu Kartika, Titah Tengku Abdullah
  6. ^ 14 Badan NGO Islam Pahang Selar SIS Dan JAG
  7. ^ G. Manimaran (1 Apr 2010). "Sultan Pahang ampun Kartika, khidmat sosial ganti sebatan". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-02. Dicapai pada 1 Apr 2010.
  8. ^ Hormati keputusan Sultan Pahang - Muip