Kashaf Imani
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Kashaf Imani adalah sebuah drama tentang keinsafan dan ditayangkan di Astro Ria sempena Maulidur Rasul.
Kashaf Imani | |
---|---|
Genre | Drama |
Ditulis oleh | Shahrulezad Mohameddin dan Shahriman Wahap |
Pengarah | Azma Aizal Yusoof |
Dibintangi oleh | Beto Kusyairy Sharifah Amani Normah Damanhuri Wan Sharmila |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 2 jam (termasuk iklan) |
Syarikat penerbitan | Radius One |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Siaran asal | 17 Febuary 2011 |
Sinopsis
suntingMengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf (Beto Kusyairy) seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah (Normah Damanhuri) yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej. Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.
Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu menyelamatkan adiknya daripada kancah maksiat.
Pelakon
sunting- Beto Kusyairy - Kashaf
- Sharifah Amani - Imani
- Wan Sharmila - Shamim
- Normah Damanhuri - Rosnah
Lagu
sunting- "Tiada Duka yang Abadi" nyanyian oleh Opick