Kashiwazaki
Kashiwazaki (柏崎市; Kashiwazaki-shi) terletak di wilayah Niigata, Jepun, kira-kira 200 km di barat laut ibu negaranya Tokyo.
Kashiwazaki 柏崎市 | |
---|---|
![]() Jambatan Yoneyama | |
![]() Kedudukan Kashiwazaki di wilayah Niigata | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Chūbu |
Wilayah | Niigata |
Kerajaan | |
• Datuk Bandar | Masahiro Sakurai |
Zon waktu | Waktu Piawai Jepun (UTC+8) |
Laman web | Bandar Kashiwazaki |
Dari segi sejarah, bandar ini diasaskan pada 1 Julai 1940. Pada 1 April 2005, penduduknya dianggarkan seramai 95,409 orang dengan kepadatan 216.17 setiap km persegi. Luas bandar ini ialah 440.55 km².
Di sini juga terdapat loji nuklear yang dinamakan Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa, yang terbesar di dunia.
SejarahSunting
Gempa bumi KashiwazakiSunting
Pada 16 Julai 2007, bandar ini terjejas oleh gempa bumi yang berlaku di perairan Kashiwazaki dengan kekuatan 6.8 magnitud. Ia membunuh sekurang-kurangnya 8 orang dan mencederakan 700 yang lain. Ia juga menyebabkan keputusan bekalan elektrik, amaran tsunami dan kebakaran serta kebocoran di Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa.
PerayaanSunting
Kashiwazaki menjadi lokasi utama beberapa acara besar seperti Pesta Kaze no Jin setiap bulan Mei, Pesta En Ma Ici pada bulan Jun dan Pesta Gion pada bulan Julai.
PengangkutanSunting
Pengankutan relSunting
- JR Timur
- Aliran Utama Shin'etsu: Yoneyama - Kasashima - Ōmigawa - Kujiranami - Kashiwazaki - Ibarame - Yasuda - Kitajō - Echigo-Hirota - Nagatori
- Aliran Echigo: Kashiwazaki - Higashi-Kashiwazaki - Nishi-Nakadōri - Arahama - Kariwa - Nishiyama - Raihai - Ishiji
Pautan luarSunting
- Laman rasmi Kashiwazaki (Jepun)
- "Pengenalan kepada Keindahan Kashiwazaki", sebuah video oleh pihak Kashiwazaki (Jepun)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kashiwazaki. |