Kasih Iris Leona Azhar (Jawi: كاسيه ايريس ليونا بنت ازهر; lahir 13 Mac 2002) merupakan selebriti internet Malaysia dan merupakan anak kepada selebriti dan arkitek.[1] Beliau banyak mengundang kontroversi dan isu di Malaysia, terutamanya dalam kehidupan peribadinya,[2][3][4][5][6][7][8][9] sehingga dipanggil oleh bapanya sebagai 'bodoh' dan menyamakan sikapnya yang suka menarik perhatian orang ramai seperti ahli perniagaan Aliff Syukri Kamarzaman.[10][11][12]

Kasih Iris Leona
كاسيه ايريس ليونا ازهر
Kasih Iris Leona pada 2019
Kelahiran
Kasih Iris Leona binti Azhar

(2002-03-13) 13 Mac 2002 (umur 22)
Pusat pendidikanUniversiti Bath
PekerjaanSelebriti internet
Tahun aktif2019–kini
Ibu bapaAzhar Sulaiman (bapa)
Chempaka Emalin Pahamin (ibu)
HubunganPahamin Abdul Rajab (datuk)

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Kasih Iris Leona dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 13 Mac 2002. Kasih Iris Leona merupakan anak bongsu daripada tiga beradik kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman. Dia juga merupakan kembar kepada abangnya, Andika Rees Pahamin Azhar. Kakaknya bernama Kasih Leia Ixora Azhar.

Kasih Iris Leona mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas. Beliau mendapat keputusan 7A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau sangat aktif dalam bidang berpengakapan dan dianugerahkan Pengakap Raja.[13] Beliau juga lulus Anugerah Pandu Puteri Raja. Beliau merupakan satu daripada dua pelajar yang berjaya mendapat kedua-dua anugerah ini di Malaysia. Kemudian, beliau melanjutkan pendidikannya dalam ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan di Universiti Bath, England.

Kasih Iris Leona pernah manjalani latihan industri di AirAsia. Beliau dituduh menggunakan pengaruh datuknya, Pahamin Abdul Rajab untuk manjalani latihan industri di syarikat penerbangan terkemuka itu.

Kontroversi dan isu sunting

Kehidupan peribadi sunting

Kasih Iris Leona dan Nur Aisyah Muhammad Razip merupakan rakan baik. Kasih Iris Leona menghabiskan masa lapangnya dengan membuat video di aplikasi TikTok seperti menari mengikut irama lirik dan bergelek. Dia mengidolakan Charlie D'Amelio dan Avani Gregg.

Rujukan sunting