Kasih Yang Suci

novel Malaysia 2007

Kasih Yang Suci ialah novel 2007 oleh penulis novel Malaysia, Meen Zulaikha. Novel ini diterbitkan pada 2007 oleh Alaf 21. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk Nora Elena oleh TV3 pada 2011.[1]

Kasih Yang Suci
Umum
PengarangMeen Zulaikha
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
  • 2007 (cetakan pertama)
  • 2008 (cetakan kedua)
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman564
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789831242889

Sinopsis sunting

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Keluaran dan legasi sunting

Kasih Yang Suci dikeluarkan pada 2007 oleh Alaf 21. Pada tahun 2011, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 9 Mei 2011 di TV3, dibintangi oleh Siti Saleha, Aaron Aziz dan Zul Ariffin.

Rujukan sunting

  1. ^ Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2018.