Buka menu utama
Jalur Las Vegas terkenal kerana mempunyai banyak hotel resort kasino

Kasino [ka-si-no, pinjaman Bahasa Itali: casino] merupakan satu tempat yang membenarkan aktiviti perjudian dijalankan. Kasino yang popular menguntungkan dari segi ekonomi sesebuah negara. Biasanya pusat kasino dibina di tempat yang strategik bersama dengan hotel, restoran, taman tema, kompleks beli-belah, kapal persiaran dan tarikan percutian lain. Beberapa pusat kasino juga menganjurkan acara sukan dan acara kebudayaan penting.

Di seluruh dunia terdapat 4750 buah kasino.

Setiap bangunan kasino mempunyai larangan kemasukan untuk sesiapa di bawah lingkungan usia yang dbenarkan untuk berjudi iaiti sekitar 18 hingga 21 tahun.[1]

SejarahSunting

"Kasino" merupakan kata pinjaman Bahasa Itali iaitu casino - ia merupakan bentuk diminutif perkataan casa [ka-sa] yang bermaksud "rumah" dan sering dieritkan sebagai suatu vila kecil atau rumah kelab.[2] Bahasa Itali moden mengeja perkataan ini sebagai casinò sebagai pembeza dengan perkataan casino yang bermaksud "rumah pelacuran".[3][2][4]

Makna perkataan sedemikian beralih merangkumi sebarang bangunan di mana kegiatan lapang termasuk tari-menari, berjudi dan bersukan dapat dijalankan masyarakat sejak abad ke-19; bangunan untuk tujuan sedemikian piasanya didirikan bersampingan sebuah bangunan palazzo lebih besar.

KeberadaanSunting

Di dunia BaratSunting

Di dunia TimurSunting

Di NusantaraSunting

MalaysiaSunting

Di Malaysia, Genting Highlands telah dibina pusat kasino yang pertama pada zaman Tunku Abdul Rahman. Ada cadangan pusat kasino hendak dibina di Kedah pada 1960-an tetapi mendapat bantahan ramai pihak, terutamanya Parti Islam Se-Malaysia yang sering menghujah pengharaman bisnes sedemikian di Malaysia setiap kali pilihan raya umum diadakan

SingapuraSunting

Menurut bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew, Singapura dirasakan berasa dalam kerugian kerana ketiadaan tidak ada pusat perjudian besar sedemikian di negaranya. Sejak berdekad-dekad kemudian, ada seberapa kemudahan yang terbina hasil penusahaan syarikat asing: Marina Bay Sands milik syarikat Las Vegas Sands di pesisiran Pusat Bandar Singapura dengan nilai hartanah sebanyak USD8 billion, dan Resorts World Sentosa milik Kumpulan Genting di Pulau Sentosa.

IndonesiaSunting

Sebelum tahun 1980-an, kasino pernah diperbolehkan di Indonesia. Pernah ada kasino di wilayah Jakarta saat di bawah kepemimpinan Ali Sadikin, misalnya lantai bawah Gedung Sarinah, Jakarta Pusat, di Petak Sembilan (PIX), Jakarta Barat, dan di Hai Lai, Ancol.[5] Namun, Undang-Undang Dasar 1945 yang dimaktubkan semasa merdekanya Indonesia daripada penjajahan Belanda melarang perjudian dalam antara peruntukkannya.

Pada tahun 1990-an, di Indonesia banyak kasino yang diam-diam beroperasi secara ilegal. Seiring dengan perkembangan media yang maju pesat di abad 21, banyak kegiatan tersebut diberitakan di media yang diikuti pemerintah Indonesia mengarahkan badan Kepolisiannya bertindak cepat menutup semua perusahaan sedemikian

Kasino bentuk elektronik (juga disebut kasino dalam jaring / "kasino daring") mula masuk ke Indonesia tahun 2005. Ia banyak mendapat perhatian dan langganan besar kerana boleh diakses melalui peranti mudah alih seperti telepon genggam.

RujukanSunting

  1. ^ Howard J. Shaffer; dll., para penyunting (2003). Futures at Stake: Youth, Gambling, and Society. University of Nevada Press. m/s. 147–151. 
  2. ^ a b Thompson, William N. (2015). Gambling in America: An Encyclopedia of History, Issues, and Society. m/s. 43. ISBN 9781610699808. Dicapai August 17, 2015. 
  3. ^ Templat:Cite OED
  4. ^ Preble, Rossi, Keith, Francesco (2014). Il vero italiano: Your Guide To Speaking "Real" Italian. m/s. 66. Dicapai August 17, 2015. 
  5. ^ "Kisah Bang Ali dan Judi". detikx. Dicapai 2018-05-26. 

Pautan luarSunting