Kasma Booty

Kasmah Abdullah AMN atau lebih dikenali sebagai Kasma Booty[1] (Jawi: كسم بوتي; 1932 – 1 Jun 2007) merupakan seorang seniwati dan primadona filem Melayu era 40-an, 50-an dan sehinggalah ke penghujung 60-an. Dilahirkan di Kisaran, Indonesia, beliau berdarah kacukan Belanda dan Jawa berasal dari keluarga seni. Sama seperti P. Ramlee, Kasma telah diuji bakat oleh B. S. Rajhans dan menjadi pelakon di Malay Film Productions Ltd. Kasma pernah menjadi pasangan kepada P. Ramlee dalam Bakti, Sejoli, Juwita, dan Ragam P. Ramlee (bahagian Damaq).[2][3][4]

Kasma Booty

AMN
Kasma booty.jpg
Kelahiran
Kasmah binti Abdullah

1932
Kisaran, Keresidenan Sumatera Timur, Hindia Timur Belanda (kini Sumatera Utara, Indonesia)
Meninggal dunia1 Jun 2007 (berumur 74–75)
Hospital Ampang, Selangor, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gates, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1948–1992
PasanganBooty Jacobs
Anak-anak5 (Chempaka, Asmara, Kesuma, Surya dan Purnama)

Kehidupan awalSunting

Sebelum bergelar bintang filem, Kasma terlebih dahulu bergiat sebagai pelakon teater tradisional bangsawan dengan kumpulan Rayuan Asmara di Medan pada usia belasan tahun. Kesempitan hidup mendorong Kasma untuk berdikari dan sejak belasan tahun lagi, Kasma telah membawa diri merantau ke Malaysia (waktu itu Malaya) dan mendapat kerja sebagai pelakon bangsawan di Pulau Pinang dan Singapura.

Kerjaya lakonanSunting

Kasma memulakan kerjaya lakonan di usia muda disebabkan kesempitan hidup iaitu seawal umur 14 tahun. Filem pertama yang dibintanginya ialah filem Chempaka (1947), diikuti Pisau Berachun, Nur Asmara, Rachun Dunia, Bakti, Dewi Murni, Sejoli, Juwita, Manusia, Mahsuri, Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payung, Ratapan Ibu, Tangkap Basah, Anak Manja dan Ragam P. Ramlee.

Pada tahun 1952 pula, beliau berhadapan dengan kontroversi terhadap pengurusan Shaw Brothers sehingga berlarutan ke mahkamah. Namun, demi mempertahankan prinsip dan maruah beliau membuat keputusan menarik diri daripada membintangi filem Antara Senyum dan Tangis.

 
Kasmah Binti Abdullah gambar 1952.

Pada tahun 1958, atas permintaan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Kasma berlakon filem Mahsuri terbitan Cathay Keris.

Pada era akhir pembabitannya dalam lakonan, Kasma banyak berlakon dalam filem terbitan Studio Merdeka di Hulu Klang. Antaranya filem Keris Sempena Riau, Selindang Merah, Ratapan Ibu (L. Krishnan), Siti Payong, Tangkap Basah, Anak Manja (Salleh Ghani) dan Ragam P. Ramlee (P. Ramlee).

Di zaman kegemilangannya juga beliau pernah mendapat jolokan sebagai Elizabeth Taylor Malaya dan Ratu Filem Melayu kerana kejelitaan paras wajahnya. Tidak hanya memiliki rupa paras yang jelita, beliau mempunyai segala aura dan karisma yang diperlukan sebagai seorang Primadona Melayu pada zaman meledaknya filem Melayu klasik di Jalan Ampas, Singapura satu ketika dulu. Tidak hairanlah mengapa beliau turut dihormati seniman dan seniwati seperjuangannya pada zaman itu, tidak terkecuali Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee sendiri.

Namun setelah membintangi hampir 20 buah filem Kasma bertekad meninggalkan dunia seni pada tahun 1992. Di usia tuanya, beliau banyak menghadapi masalah kesihatan dan banyak menghabiskan masa menumpukan perhatian terhadap ibadahnya dan duduk bersama anak-anak dan cucunya di kediamannya di Klang Gate, Hulu Klang.

Kehidupan peribadiSunting

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan dengan Jacob Booty dan dikurniakan lima orang anak. Nama kelima-lima anak beliau diambil bersempena dengan judul filem yang pernah dilakonkannya.

KematianSunting

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 1 Jun 2007, jam 2 pagi di Hospital Ampang ketika berusia 75 tahun selepas sekian lama menghidap komplikasi paru-paru berair.[5] Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Klang Gate, Selangor pada hari yang sama.

KontroversiSunting

Seniwati Kasma Booty mula muncul dalam filem Chempaka. Dengan wajahnya yang cantik menawan, Kasma terus diangkat sebagai Primadona baru filem Melayu. Tetapi diatas desakan suaminya Booty Jacobs, Kasma terpaksa membatalkan kontraknya dengan Shaw Brothers ketika sedang shooting filem Antara Senyum dan Tangis. Ia disebabkan Kasma hampir diperkosakan oleh pengurus produksi di bilik persalinan. Pakaian nya hampir terkoyak rabak akibat pergelutan itu. Kes dibawa ke mahkamah oleh suami Kasma. Watak Kasma dalam filem Antara Senyum dan Tangis digantikan dengan Rokiah Jaafar.

Kasma Booty terus menghilangkan diri dari dunia perfileman dan tumpu masa sepenuhnya bersama group bangsawan milik suaminya. Tetapi empat tahun kemudiannya, atas desakan Tunku Abdul Rahman, Kasma kembali semula ke dunia perfileman dalam filem Mahsuri terbitan Cathay Keris.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1948 Chempaka Chempaka
Pisau Berachun
1950 Rachun Dunia Aminah
Bakti Saadiyah
Dewi Murni
1951 Sejoli Mariam
Juwita Juwita
Manusia
1959 Mahsuri Mahsuri
Rasa Sayang Eh Dr. Faridah
1961 Keris Sempena Riau Tun Zaleha
1962 Selendang Merah
Siti Payung
Ratapan Ibu
1963 Anak Manja
Tangkap Basah Mawar
1964 Ragam P. Ramlee Kenanga Bahagian cerita Damaq

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1990
Filem Asia Pasifik ke-35
- - Anugerah Khas Juri
1987 Festival

Filem Malaysia ke-7

- Pelakon Wanita Veteran Anugerah Merak Kayangan
1961 Festival Filem Malaysia Keris Sempena Riau Aktres Pembantu Terbaik Menang
1951/1952 Festival Filem Malaysia Juwita Aktres

Terbaik

Menang

RujukanSunting

  1. ^ Sharifah Zinjuaher H. M. Ariffin, Hang Tuah Arshad (1980). Sejarah Filem Melayu (The History of Malay Motion Pictures). Penerbitan Sri Sharifah.
  2. ^ "Pelakon veteran Kasma Booty meninggal". Utusan Malaysia. 2 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2018. Dicapai pada 3 August 2018.
  3. ^ "Screen icon of 1940s Kasma Booty dies". Bernama. The Star. 2 June 2007. Dicapai pada 3 August 2018.
  4. ^ Mohammad Arif Nizam Abdullah (2 June 2007). "Perginya seorang ibu seni misali". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2018. Dicapai pada 3 August 2018.
  5. ^ Veteran Actress Kasma Booty Dies

Pautan luarSunting