Kata ganti nama (bahasa Melayu)

(Dilencongkan dari Kata ganti nama)

Kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri. Untuk pengetahuan anda, kata ganti nama bukan sahaja terhad kepada kata ganti nama diri tetapi merangkumi juga kata ganti tak tentu, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, dan kata ganti tanya.

Kata ganti tak tentuSunting

Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seorang secara tidak tentu.

Contoh: apa-apa, mana-mana, siapa-siapa, dan bila-bila.

Kata ganti nama tak tentuSunting

Kata ganti nama tak tentu digunkan untuk menunjukkan seseorang atau sesuatu benda, perkara, dan masa secara tidak tentu. Contoh:

  1. siapa-siapa/sesiapa - untuk menggantikan orang.
  2. apa-apa - untuk menggantikan nama benda atau perkara.
  3. bila-bila - untuk menggantikan masa
  4. mana-mana - untuk menggantikan nama benda dan tempat.

Peringatan:

  1. Fungsi kata ganti tak tentu adalah berbeza sama sekali dengan fungsi kata ganti tanya.
  2. Di hujung ayat yang mengandungi kata ganti tak tentu tiada tanda tanya (?) sebagaimana ayat yang mengandungi kata ganti tanya.

Contoh: Kesalahan dari segi kata

Ayat yang salah
Siapa yang bersalah akan tetap dihukum.
Apa yang dilarang oleh agama jangan dibuat
Ayat yang betul
Sesiapa yang bersalah akan tetap dihukum.
Apa-apa yang dilarang oleh agama jangan dibuat.
Keterangan
Salah penggunaan kata ganti tanya.

Kata ganti nama tunjukSunting

Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan tempat atau cara.

Contoh: ini, itu, begini, begitu dan demikian.

Kata ganti tanyaSunting

Kata ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat tanya.

Contoh: apa, berapa, siapa, dan seumpamanya.

RujukanSunting