Kata pinjaman atau kata serapan ialah kata yang dipinjam dari satu bahasa lalu diterapkan dalam satu bahasa lain. Kata-kata ini sering digunakan untuk konsep atau gagasan yang eksotik yakni asing kepada sesebuah masyarakat penutur bahasa yang meminjam; misalnya haiwan yang tidak berasal dari Nusantara diberi kata pinjaman dalam bahasa Melayu (cth: "singa" dari bahasa Sanskrit), dan kebanyakan istilah khusus untuk muzik klasik Eropah dipinjam dari bahasa Itali. Sungguhpun demikian, istilah kata pinjaman tidak menyampaikan maknanya setepat-tepatnya, kerana kata yang dipinjam tidak dipulangkan kepada bahasa "peminjam".

Pertukaran ini dilihat sebagai suatu kelumrahan dalam pertembungan bahasa-bahasa yang dituturkan kelompok-kelompok berbeza.[1] di mana tahap pertembungan mempengaruhi sejauh dan seperinci mana istilah yang diterapkan dalam bahasa sasaran.

Lihat jugaSunting

Jenis kata serapan dalam konteks bahasa Melayu

RujukanSunting

  1. ^ Hock, Hans Henrich; Joseph., Brian D. (2009). "Lexical Borrowing". Language History, Language Change, and Language Relationship: An Introduction to Historical and Comparative Linguistics (ed. 2nd). Berlin: Mouton de Gruyter. halaman 241–78.