Kata kembar

(Dilencongkan dari Kata warisan)

Kata kembar (doublet) adalah dua atau lebih kata sesebuah bahasa yang sepunca berpincang kerana akar kedua-dua kata tergalur diturunkan kepada sepatah kata dalam suatu bahasa yang dipinjamkan kepada satu bahasa lain yang turut mempunyai kata turunan tersendiri.[1]:25[2]

Jenis sunting

Kata kembar turunan sunting

Misalnya, jarum dan pedoman segalur akar Austronesia *Zarum meskipun kata kedua serapan Jawa tidak menurun selangsung kata pertama yang Melayu, selain itu:[1]:27-37

  • urat dan otot segalur akar *uRat
  • datar dan rata segalur akar *DataR

Kata kembar pinjaman sunting

Bahasa Sanskrit banyak memunculkan kata-kata kembar Melayu yang wujud daripada suatu kata akar yang diungkapkan dengan beberapa makna bertindih baik secara terus mahupun diperantarakan bahasa serumpun tuturan anak benua India:[3]

Kata Sanskrit asal bentuk diimbuhkan Kata pinjaman bahasa Melayu
नगर nagara नगर nagara negara
नगरी nagarī negeri
मन्त्र mantra मन्त्र mantra mantera
मन्त्रिन् mantrin menteri
द्रोहक drohaka derhaka
dahagi
पूजाङ्ग pūjāṅga pujangga
bujang (melalui Hindi पूजाङ् bhujaṅ "ular")

Rujukan sunting

  1. ^ a b Nothofer, Bernd (2009). "Patut dan turut; dua dan separuh; datar dan rata: kata warisan atau kata pinjaman? Catatan mengenai etimologi kosakata Melayu". Jurnal Ilmiah Masyarakat Linguistik Indonesia. 27 (1): 23-43.[pautan mati kekal]
  2. ^ Syamsir Arifin (1990). Kamus tata bahasa, lengkap dengan contoh. Angkasa Raya. m/s. 40.
  3. ^ Hoogervorst, Tom (2017). ‘Lexical influence from North India to Maritime Southeast Asia: Some new directions’. Man in India. 97 (1): 302-17.