Kataphract merupakan pasukan kalavari berat yang kebanyakkannya digunakan di Eropah Timur dan Eropah Tenggara, di Anatolia dan Iran semenjak akhir silam antiquity sehingga Pertengahan Zaman Pertengahan. Istilah ini adalah istilah Yunani, dengan kata asas bererti "lindung" atau "dilindungi", dan istilah ketenteraan khas adalah "berperisai". Negara yang menggunakan Kataphracts pada satu ketika dalam sejarah termasuk Sarmatian, Parthia, dinasti Sassanid, Armenia, Pergamon, Empayar Rom, Empayar Byzantine, dan lain-lain.


Kataphracts merupakan pasukan penyerang berat bagi kebanyakan negara yang memiliki mereka, bertindak sebagai pasukan kejutan yang disokong oleh pasukan infantari ringan atau berat dan pemanah berkuda atau berjalan kaki. Pemanah sokongan dianggap penting bagi penggunaan Kataphracts dengan betul. Tentera Parthian mengalahkan Rom di Carrhae pada tahun 53 BCE dengan beroperasi terutamanya sebagai pasukan Kataphracts senjata gabung (combined arms dan pemanah berkuda menentang infantari berat Rom.

Serbuan Kataphract biasanya lebih berdisplin dan kurang membabi-buta (impetuous) berbanding serbuan kesasteria Eropah Barat, tetapi amat berkesan disebabkan oleh displin dan jumlah besar tentera yang terbabit.

Peralatandan taktik sunting

Peralatan dan taktik biasanya pelbagai, tetapi Kataphracts biasanya mengenakan perisai tebal diperbuat daripada rantai, tanduk, atau kain (Quilt), membawa perisai sambil menunggang kuda dan menyerbu dengan tombak (lance) dalam kedudukan rapat lutut-ke-lutut. Dalam kebanyakan tentera, Kataphracts biasanya dilengkapi dengan senjata sampingan seperti pedang atau cokmar, untuk kegunaan dalam pertempuran bebas yang berlaku selepas serbuan. Sesetengah mereka mengenakan perisai hadapan sahaja tanpa perlindungan sepenuhnya sekeliling, dan kadang-kala sama juga bagi perisai untuk kuda. Dalam sebahagian tentera, Kataphracts tidak dilengkapi dengan perisai, terutama sekiranya mereka mengenakan perisai badan.

Kebanyakan pasukan Kataphract dilengkapi dengan busur sebagai tambahan kepada tombak dan perisai yanga berat, untuk membolehkan mereka bertempur dengan musuh dari jauh sebelum menyerbu. Pemanah Kataphract kadang-kala digunakan secara taktikal dalam susunan berdisplin di mana sebahagian Kataphract berhadapan dengan musuh sebagai pagar berperisai sementara sebahagian yang lain bergerak kehadapan untuk memanah dan kembali ke belakang untuk mengisi panah semula, meningkatkan lagi keselamatan mereka dari serangan balas musuh. Kataphract tanpa busur kadang-kala digelar 'tentera bertombak' lancers.

Sebahagian Kataphract terkemudian juga dilengkapi dengan campak buang ('dart') berat untuk di campak ke arah musuh semasa menyerbu, untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan seketika sebelum hentaman tombak. Dengan atau tanpa campak-buang, serbuan Kataphract biasanya diiringi dengan panahan sokongan oleh pemanah berkuda atau tentera pejalan kaki di sebelah kiri-kanan, atau oleh Kataphract tambahan yang kemudiannya akan menyerbu pula selepas memanah dalam serbuan pertama. Sebahagian tentera merasmikan taktik ini dengan menggunakan Kataphract tambahan, tentera bertombak berperisai tebal tanpa busur dalam serbuan pertama dan diikuti oleh Kataphract jenis biasa dengan busur dan anak panah sebagai unit sokongan.

Jenis berkait sunting

Tentera Rom lewat menggunakan Kataphract dalam sejarah mereka, malah ketika itu pun, kebanyakannya hanya digunakan di sebelah Timur. Tambahan kepada jenis Kataphract, mereka kadang-kala menggunakan jenis berperisai lebih tebal yang dikenali sebagai clibanarius (banyak. clibanarii), dinamakan sempena oven besi disebabkan perisai bertutup mereka. Mereka juga membentuk unik pedati bersabit ujian dengan penombak Kataphract menunggang kuda pedati tersebut.

Negara-negara di Timur Tengah kadang-kala menggunakan Kataphract sambil menunggang unta dan bukannya kuda, dengan kelebihan yang jelas untuk kegunaan di kawasan kering, termasuk juga kelebihan bahawa bau unta jika dari arah angin merupakan cara yang hampir pasti mengejutkan unit berkuda musuh yang mereka hadapi. Sebaliknya pula caltrops adalah kelemahan unit menunggang unta berbanding, disebabkan unta mempunyai tapak kaki yang lembut berbanding kuda yang berkuku.

Pautan luar sunting