Katedral Maillezais

Katedral Santo Peter dari Maillezais (Perancis: Cathédrale Saint-Pierre de Maillezais) merupakan sebuah tinggalan gereja Roman Katolik yang terletak di komun Maillezais, Vendée, Perancis. Dahulunya dikenali sebagai Biara Santo Peter, tinggalan ini terdiri daripada sebuah gereja, dewan makan, asrama, dapur, bilik bawah tanah, menara kecil dan tetembok.

Katedral Maillezais
Tinggalan tapak bekas Katedral dan Biara Maillezais
Info asas
LokasiMaillezais, Pays de la Loire, Perancis
AgamaRoman Katolik
WilayahKebiskopan Maillezais
NegaraPerancis
Status kegerejaan atau organisasiTidak berfungsi
StatusTinggalan
Penerangan seni bina
Jenis seni binaGereja biara
Gaya seni binaGoth
Pecah tanah padaabad ke-11
Disiapkan padaabad ke-15
Nama rasmi: Ancienne abbaye Saint-Pierre
Tarikh dimasukkan30 Januari 1924

Katedral ini telah diisytiharkan sebagai monumen warisan kerana ia mencerminkan reka bentuk dan gaya Romanesque, Goth dan Zaman Pembaharuan (Renaissance). Ia telah didesignasikan sebagai monumen sejarah pada 30 Januari 1924.[1][2] Katedral ini juga adalah milik kepada Kebiskopan Luçon dengan upacara Roman (Latin) di mana Santo Peter merupakan santo penaungnya.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Historic Monuments: Former Abbey of Saint-Pierre". Laman sesawang rasmi Kementerian Kebudayaan Perancis. Dicapai pada 31 Julai 2013.
  2. ^ "The Lady of the swamp: The fascinating story of an abbey cathedral" (dalam bahasa Perancis). Abbeys in the south Vendee. Dicapai pada 31 Julai 2013.
  3. ^ "Ancienne cathédrale Saint-Pierre". Pertubuhan Katolik. Dicapai pada 1 Ogos 2013.

Pautan luar sunting