Kategori:Hutan simpan di Malaysia

Hutan simpanan kekal (permanent forest reserve) ialah kawasan-kawasan tanah kerajaan yang telah diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (APN 1984). Terdapat tiga (3) kategori tanah berhutan dalam pentadbiran tanah di Malaysia iaitu hutan simpanan kekal (HSK), hutan tanah kerajaan (HTK) dan hutan tanah milik (HTM).

Selain diuruskan secara sistematik mengikut sistem kompartmen, Hutan Simpanan Kekal (HSK) juga mempunyai zon-zon pengelasan yang disebut dengan istilah Pengelasan Fungsi Hutan. Terdapat 12 kelas fungsi hutan simpanan kekal sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 10 APN 1984 iaitu 1-Hutan Pengeluaran Kayu di bawah perolehan berkekalan 2-Hutan Perlindungan Tanah 3-Hutan Tebus Guna Tanah 4-Hutan Kawalan Banjir 5- Hutan Tadahan Banjir 6-Hutan Perlindungan Hidupan Liar 7-Hutan Simpanan Hutan Dara 8-Hutan Lipur 9-Hutan Pelajaran 10-Hutan Penyelidikan 11-Hutan Bagi Maksud Persekutuan 12-Hutan Taman Negeri

Subkategori

Yang berikut ialah 12 daripada 12 buah subkategori dalam kategori ini.