Kau Aku ialah lagu ciptaan dan nyanyian Aizat untuk dijadikan lagu tema siri drama Merah Putih.

Di Anugerah Juara Lagu 2009, Aizat mempersembahkan lagu ini dengan iringan sekumpulan kanak-kanak berpakaian sekolah. Persembahan inilah yang menggondol anugerah Persembahan Terbaik di AJL ini.