"Kau Ilhamku"[nota 1] ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi Malaysia Man Bai, dikeluarkan pada 1995 sebagai single pertamanya untuk album studio pertama Man Bai yang menggunakan namanya sebagai tajuk album. Lagu ini menjadi lagu terkenal Man Bai sekali gus melancarkan kerjaya solonya. Ia telah dianggap sebagai "lagu inspirasi".

"Kau Ilhamku"
Single oleh Man Bai
daripada album Man Bai
Dilancarkan pada1995
Dirakamkan pada1993
Format
GenrePop, balada
Panjang
  • 4:08 (single)
  • 5:21 (muzik video)
SyarikatWarner Music Malaysia
PenulisAsmin Mudin
PenerbitAsmin Mudin
Kronologi Kronologi single Man Bai
"Kau Ilhamku" ""Positif"
(1999)"
"Kau Ilhamku" (1995) di YouTube
"Kau Ilhamku" (2020) di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada tahun 2015, beliau telah bekerjasama dengan beberapa artis dalam single "Kau Ilhamku - All Stars", dan pada tahun 4 Disember 2020, "Kau Ilhamku 2020" dinyanyikan semula bagi menyambut ulang tahun ke-25 lagu tersebut.[1][2]

Penerbitan

sunting

Selepas kumpulan Gersang dibubarkan pada 1993, Man Bai mengambil cuti dari kerjaya muzik kerana masalah tonsil yang dihadapinya. Bermula dari situ, beliau mendapat idea untuk merakamkan lagu "Kau Ilhamku".[2] Beliau diberikan demo lagu tersebut oleh Asmin Mudin.[3] Dalam temubual pada 2013, Man Bai mengatakan lagu itu diterbitkan sebagai tanda syukur kepada Tuhan sebagai sumber ilhamnya, beliau berkata: "Tanpa Tuhan, siapalah saya. Apa sahaja yang ingin kita capai dalam hidup, sama ada kita berjaya atau gagal, paling penting untuk bersyukur kepada Tuhan".[4]

Sambutan

sunting

"Kau Ilhamku" dikeluarkan sebagai single pertama Man Bai untuk album solo pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album.[1] Lagu ini melancarkan kerjaya solo Man Bai dan telah dianggap sebagai "lagu inspirasi".

Ia juga telah digunakan sebagai runut bunyi filem pada tahun 1997 bertajuk Layar Lara, arahan Shuhaimi Baba.[1]

Lagu ini telah dikenali dengan popularitinya merentasi pelbagai kaum di Malaysia. Statusnya sebagai "lagu karaoke" adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada daya tarikannya yang lebih meluas, termasuk dalam kalangan pendengar yang kurang fasih dalam bahasa Melayu.[5]

Versi "Kau Ilhamku All-Stars"

sunting
"Kau Ilhamku"
 
Single promosi oleh Yonder Music All-Stars
Dilancarkan pada18 November 2015
Dirakamkan pada
FormatPenstriman muzik
GenrePop, R&B
Panjang4:52
SyarikatYonder Music, Celcom Axiata
PenerbitJ-Key, Russel Curtis, Yonder Music (Eksekutif)
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Pada tahun 2015, versi baru untuk "Kau Ilhamku" telah diterbitkan dan telah dilancarkan oleh Yonder Music dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Malaysia Celcom Axiata. Single ini telah dinyanyikan secara kolaborasi antara para artis dari Malaysia dan Indonesia. Ia juga digunakan dalam iklan Celcom.[6][7][8]

Artis dari Malaysia

  • Man Bai
  • Siti Nurhaliza
  • Too Phat
  • Joe Flizzow
  • Jaclyn Victor
  • Yuna
  • Elizabeth Tan
  • SonaOne
  • Natasha Ines Wah Idris
  • Russell Curtis

Artis dari Indonesia

  • Cita Citata
  • Ariel Noah
  • Afgansyah Reza

Versi "Kau Ilhamku 2020"

sunting

Man Bai melalui Universal Music Malaysia telah mengeluarkan versi ulang tahun ke-25 untuk lagu hitnya pada tahun 1995. "Kau Ilhamku 2020" diterbitkan dengan kerjasama Mac Chew, menampilkan susunan muzik baru yang mengetengahkan piano, seruling, dan biola. Sebuah video muzik yang memberi penghormatan kepada artis-artis berpengaruh seperti P. Ramlee, Sudirman Arshad, Freddie Mercury, dan Eddie Van Halen turut mengiringi pelancaran tersebut.

Video muzik baru telah dilancarkan di Youtube pada 4 Disember 2020, dan setakat Februari 2024, video "Kau Ilhamku 2020" telah mencapai 282,364 tontonan di laman tersebut.[9]

Versi Bahiyya Haneesa

sunting

Pada tahun 2021, "Kau Ilhamku" telah dirakamkan semula dalam versi acapella oleh kumpulan Bahiyya

"Kau Ilhamku"
Single oleh Bahiyya Haneesa
Dilancarkan padaJulai 2021
Format
GenreA cappella
Panjang3:30
SyarikatSony Music Malaysia
Penulis
  • Afif
  • Pedang
  • Payung
Kronologi Kronologi single Bahiyya Haneesa
""Belaian Jiwa"
(2021)"
"Kau Ilhamku"
"Kau Ilhamku" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Haneesa. Versi baharu lagu ini digubah dan ditulis oleh Afif, Pedang dan Payung. Muzik video untuk "Kau Ilhamku" versi Bahiyya Haneesa telah dikeluarkan di akaun YouTube rasmi kumpulan ini pada 9 Julai 2021.[10]

Tenaga kerja

sunting
  • Bahiyya Haneesa
  • Afif Tirmizie - komposer
  • Pedang - komposer, penulis lirik
  • Payung - komposer, penulis lirik
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1996 Anugerah Industri Muzik ke-3 Video Muzik Terbaik "Kau Ilhamku" Tercalon
Lagu Terbaik Tercalon

Nota kaki

sunting
  1. ^ Nota 1: Juga dieja sebagai Kau Ilham Ku yang juga mempunyai maksud yang sama.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Melanie Chalil (7 Disember 2020). "Iconic Man Bai hit 'Kau Ilhamku' gets new version 25 years after its release" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 16 Julai 2021.
  2. ^ a b Zaidi Mohamad (19 November 2015). "Artis popular rakam balik lagu Kau Ilhamku". Berita Harian. Dicapai pada 2016-02-09.
  3. ^ Shazryn Mohd. Faizal (12 Ogos 2010). "Man Bai kini artis Sony Music". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-02-09.
  4. ^ Kenneth Chaw (7 Disember 2020). "Kau Ilhamku turns 25, Man Bai records new version" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 16 Julai 2021.
  5. ^ Johan, Adil; Amir Hamzah, Shazlin (2019). "Malaysian Popular Music and Social Cohesion: A Focus Group Study Conducted in Kuching, Kota Kinabalu and Klang Valley". Kajian Malaysia. 37 (2): 173–195. doi:10.21315/km2019.37.2.8. ISSN 0127-4082.
  6. ^ Sinar Harian Staff (20 November 2015). "Celcom, Yonder Music jalin perkongsian eksklusif". Sinar Harian. Dicapai pada 2016-02-09.
  7. ^ Michael Cheang (29 November 2015). "Yonder and Celcom bring free music for the masses". The Star. Dicapai pada 2016-02-13.
  8. ^ Budiey Isma (19 November 2015). "Sekitar Pelancaran Aplikasi YONDER MUSIC di Malaysia". Budiey.com. Dicapai pada 2016-02-09.
  9. ^ "Man Bai - Kau Ilhamku (Official Music Video) - YouTube". web.archive.org. 2024-02-21. Dicapai pada 2024-02-21.
  10. ^ https://gempak.com/berita-terkini/yakin-dengan-kekuatan-lagu-ikonik-kau-ilhamku-bahiyya-haneesa-tampil-dengan-versi-tersendiri-51911

Pautan luar

sunting