Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)


Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) adalah album studio kedua dari penyanyi pop Malaysia, Ramlah Ram yang dihasilkan pada tahun 1988. Album ini diedarkan tepat pada tarikh istimewa iaitu 8 Ogos 1988 (8.8.88).

Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)
Album studio oleh
Dilancarkan pada1988
Dirakamkan pada1987-1988
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatPMC
PenerbitAhmad Nawab
Kronologi Ramlah Ram
Sabarlah Sayang
(1986)
Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)
(1988)
Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi
(1989)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Single pertama yang juga merupakan judul album 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu' mencatatkan sejarah tersendiri dengan menjadi juara di semua radio tempatan ketika itu selain lagu 'Apa Khabarmu Di Sana' dan 'Diam Diam Jatuh Cinta' menjadi antara 'killer song' dari album ini. Manakala lagu berentak pop dangdut 'Penantian Tak Berakhir', 'Rindu Itu Menyeksakan' dan 'Insafilah' juga antara lagu yang menjadi permintaan ramai untuk disiarkan di radio.

Lagu lain seperti 'Rindu Semalam' (berentak slow rock), 'Membilang Butir Harapan' (pop) dan 'Pedihnya Kerana Cinta' (berkonsepkan pop etnik) juga mendapat sambutan. Manakala lagu 'Hanyalah Padamu Ku Cinta' pernah berkumandang di acara penutup 'Sukan SEA 1989' di Kuala Lumpur biarpun ketika itu sudah hampir setahun album ini dihasilkan.

Penangan album ini turut menyakinkan pihak juri untuk memilih lagu 'Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) untuk memenangi tempat pertama dalam pertandingan Juara Lagu pada 1988 (Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 3) dan Ramlah Ram dinobatkan sebagai pemenang anugerah kategori 'Persembahan Terbaik' menerusi persembahan memukau beliau dengan busana gaun putih yang mempunyai lampu berbentuk hati yang menjadi salah satu ikon sejarah AJL itu sendiri.

Malah ianya merupakan sejarah tersendiri di AJL ketika itu bila pemenang Lagu Terbaik juga menjuarai kategori Persembahan Terbaik. (untuk rekod, Francissa Peter (1986) dan Zaiton Sameon (1987) hanya memenangi tempat kedua persembahan terbaik di AJL pertama dan kedua).

Impak dari kejayaan di AJL 1988 ini juga memberikan peluang Ramlah Ram untuk memenangi kategori 'Penyanyi Wanita Popular' di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1988 mengalahkan nama-nama besar ketika itu iaitu, Sheila Majid, Francissa Peter, Rohana Jalil dan Siti Fairuz. Walaupun ketika itu tiada kategori 'Artis Paling Popular' tetapi boleh dianggap beliau memenangi kategori ini memandangkan undian tertinggi yang diterimanya melebihi pemenang bagi kategori-kategori lain.

Tidak keterlaluan dikatakan album ini merupakan 'killer album' Ramlah Ram sepanjang penglibatan beliau dalam arena seni muzik tanahair kerana album ini juga melakarkan sejarah sebagai album artis Melayu pertama yang terjual sebanyak 300,000 unit sebagaimana yang tercatat di Malaysia Book of Records.

Senarai runut Muka Satu sunting

  1. "Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)" (Ahmad Nawab/Wielid) - 5:16;
  2. "Apa Khabarmu Di Sana" (Ahmad Nawab/Juwie) - 3:52;
  3. "Rindu Semalam" (Ismail Ahmad Nawab & Shafie Ram/ Talha Tukiman) - 4:30;
  4. "Penantian Yang Tak Berakhir" (Ahmad Nawab/ Talha Tukimin) - 4:23;
  5. "Membilang Butir Harapan" (Rahim Othman/ Habsah Hassan) - 4:18;

Senarai runut Muka Dua sunting

  1. "Rindu Itu Menyeksakan" (Ahmad Nawab/ Juwie) - 4:40;
  2. "Hanyalah Padamu Ku Cinta" (Ahmad Nawab/Juwie) - 5:00;
  3. "Pedihnya Kerana Cinta" (Ahmad Nawab/Juwie) - 4:14;
  4. "Insaflah" (Wan Rozali/ Raz) 3:45;
  5. "Diam Diam Jatuh Cinta" (Ismail Ahmad Nawab/ Talha Tukimin) - 3:21;

Pensijilan sunting

Carta (1988) Pensijilan Jualan
Carta Album Malaysia Platinum[1] 300,000

Rujukan sunting

  1. ^ []

http://khazanah-muzik.blogspot.com/2013/12/ramlah-ram-kau-kunci-cintaku-dalam.html

Pautan luar sunting