KAU KUPILIH adalah i-Novel ketiga yang dihasilkan oleh Maharatu Rafidah Mohamad yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher pada tahun 2012. i-Novel ini telah memenangi The First i-Novel Romance Sold in 10,000 units in One Week on Eyeroom editor & publisher SellerTable. i-Novel Kau Kupilih ini mengisahkan Engkau Rafael Asfar terpaksa berdepan dengan sepuluh orang wanita yang harus mengikuti pelbagai cabaran dan halangan yang telah ditetapkan di dalam kata perjanjian areah datuknya, dua tahun lalu di hadapan seluruh ahli keluarga.

Kau Kupilih
Buku Kau Kupilih ialah sebuah buku yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher.
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreCereka
Penerbitan
PenerbitEyeroom editor & publisher
Tarikh penerbitan
2012
Jenis media
Buku eletronik

KAU KUPILIH sunting

Namun, hanya empat orang wanita sahaja yang akan berentap di pentas akhir untuk bergelar jutawan dengan memiliki 1 Juta Pound Sterling dan menjadi isteri kepada pewaris tunggal Keluarga Emas. Yang pasti, hanya seorang yang berjaya membuatkan dia memilihnya untuk memenangi cinta dari seorang lelaki jutawan dan menawan. Namun tidak menyedari, Engkau Rafael Asfar sendiri telah terperangkap dalam permainan kata janji arwah datuknya itu apabila dia mula menyukai salah seorang daripada sepuluh wanita itu yang bernama Syita Najmiyyah.

Syita Najmiyyah seorang wanita yang dipandang naïf dan bodoh kerana mendapat 9G dalam SPM dan hanya mampu menjadi pekerja pembersih di sebuah kilang namun sebenarnya Syita Najmiyyah memilih 180 kecerdasan IQ yang tidak dimiliki oleh mana-mana manusia.

Ibu kepada Engkau Rafael Asfar amat menyukai Syita Najmiyyah dan sanggup melakukan sesuatu agar Syita Najmiyyah memenangi dalam pertandingan tersebut namun Syita Najmiyyah menolaknya. Ibu saudara dan nenek Engkau Rafael Asfar juga memiliki komplot mereka sendiri untuk memenangi pertandingan itu sedangkan Engkau Rafael Asfar sebenarnya sudah pun memilih siapakah pemenangnya di dalam permainan kata janji arwah datuknya itu walaupun pada hakikatnya, pemenang itu sudah pun ditentukan oleh arwah datuknya sendiri. Ia telah diterjemahkan ke dalam lima bahasa iaitu Bahasa Inggeris British, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Itali dan Bahasa Jerman.


Pautan luar sunting