Kava, kava kava atau nama saintifiknya Piper methysticum adalah tanaman yang tumbuh serata daratan pulau-pulau merentasi Lautan Pasifik.[1] Bahagian akar ini dimanfaatkan sebagai bahan seduhan untuk diminum dalam kalangan orang-orang Polinesia termasuk di Hawaii, Vanuatu, Melanesia serta beberapa bahagian Mikronesia seperti Palau sebagai suatu minuman pelega seakan kopi.

Kava
Daun-daun kava
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Piper
Spesies:
methysticum
Nama binomial
Piper methysticum

Sejarah sunting

Peristilahan sunting

Nama kava menyerap dari perkataan bahasa-bahasa Tonga dan Marques yang bermaksud 'pahit':[1] ia berakar dari bahasa Proto-Oseanik *kawaRi "akar pahit" barangkali merujuk kepada lempoyang yang digunakan dalam upacara-upacara Austronesia, ia lama-kelamaan diturunkan dalam bahasa Proto-Polinesia sebagai *kava[2][3] yang merupakan punca perkataan bahasa-bahasa serumpun membawa maksud sama termasuk ʻawa dalam bahasa Hawaiʻi[4] dan ʻava dalam bahasa Samoa.[5]

Istilah-istilah lain yang digunakan untuk bahan ini termasuk yaqona atau yagona (Fiji),[6] sakau (Pohnpei),[7] seka (Kosrae),[8] dan malok atau malogu (bahagian Vanuatu). [9]

Penyebaran sunting

Asal-usul tumbuhan ini dapat dikaji berdasarkan petunjuk hasil perbandingan istilah digunakan dalam bahasa-bahasa serantau Oceania serta sifat tumbuhan ini yang hanya mampu tumbuh melalui penanaman cantasan tumbuhan induk.[3] Kava dipercayai wujud hasil penanamjinakan spesies dari Piper wichmannii (sin. Piper subbullatum)[10][11] bertaburan asal dari New Guinea atau Vanuatu dan dibawa para pelaut ke serata lautan Pasifik sejauh kepulauan Hawaii; hanya New Zealand moden sahaja yang tidak ada tumbuhan ini kerana iklimnya yang sejuk.[11][12][13]

Penyediaan sunting

Akar kava dilembutkan sama ada dikunyah, dikisar atau ditumbuk dengan tangan dengan sedikit air; terdapat alat pengisar berupa alu batu karang wujud khusus untuk tujuan ini. Produk ini kemudian dicampurkan bersama air sejuk menghasilkan suatu cecair kekelabuan, keperangan hingga menghijau legap yang diminum secepat mungkin. Air yang diminum ini mempunyai rasa sedikit kuat sambil mempunyai aroma yang unik bergantung kepada jenis kering atau segar bahan yang ditumbukkan mahupun varietinya. Kava yang dikunyah mempunyai rasa paling kuat kerana adanya ampaian zarah halus.

Orang Vanuatu meminum kava jenis yang kuat beberapa lama sebelum diikuti dengan makanan panas atau teh. Orang Fiji pula meminum air seduhan akar kering ini (grog) menggunakan bekas tempurung khas (bilo) yang disusuli dengan makanan ringan manis atau pedas; ia lazim dihidangkan dalam acara adat atau kerasmian.

Sifat kimia sunting

Sebanyak 18 jenis kumpulan laktona yang dapat dikenalpasti khusus datang dari akar ini dalam suatu kelompok khas iaitu "kavalaktona" (kavalactone), sebanyak 15 daripadanya aktif.[14] Enam jenis kavalaktona iaitu kavaina, dihidrokavaina, metistisin, dihidrometistisin, yangonin dan desmetoksiyangonin dipercayai mempunyai 96% sifat berubat terkandung dalam tumbuhan ini.[14] Sebatian alkaloid juga didapati pada akar dan daun tumbuhan ini.[15]

Kesan sunting

Peminuman air kava memberikan kesan melegakan dan ketenangan kepada badan tanpa menjejaskan kognisi serta boleh menajamkan pemikiran.[9][16][17][18] Bahkan, peminuman air ini boleh mendorong rasa kantuk selepas beberapa ketika.[19]

Air kava yang disediakan secara tradisi ringkas sekadar dicampur air diiktiraf mempunyai "tahap risiko kesihatan yang rendah" oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,[20] ekstrak yang bermutu rendah atau dicampurkan dengan pelarut organik bagaimanapun mampu mendatangkan risiko kesihatan buruk termasuk potensi kegagalan organ hati.[20][21][22]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Kava". Merriam–Webster Online Dictionary. 2018.
  2. ^ Lynch, John (2002). "Potent Roots and the Origin of kava". Oceanic Linguistics. 41 (2): 493–513. doi:10.1353/ol.2002.0010.
  3. ^ a b McLean, Mervyn (2014). Music, Lapita, and the Problem of Polynesian Origins. Polynesian Origins. ISBN 9780473288730.
  4. ^ "Nā Puke Wehewehe ʻŌlelo Hawaiʻi". wehewehe.org. Dicapai pada 22 December 2017.
  5. ^ Fitisemanu, Jacob (2007) Samoan social drinking: perpetuation and adaptation of ʻAva ceremonies in Salt Lake County, Utah B. A. Thesis, Westminster College p. 2.
  6. ^ "Embassy of the Republic of Fiji". www.fijiembassy.be. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2018. Dicapai pada 22 Disember 2017.
  7. ^ Balick; Leem, Roberta (2002). "Traditional use of sakau (kava) in Pohnpei: lessons for integrative medicine" (PDF). Alternative Therapies. 8 (4): 96. Unknown parameter |firdt1= ignored (bantuan)
  8. ^ Lebot, Vincent; Merlin, Mark; Lindstrom, Lamont (1992-12-23). Kava. Yale University Press. doi:10.2307/j.ctt211qwxb. ISBN 9780300238983.
  9. ^ a b Lebot, Vincent; Merlin, Mark; Lindstrom, Lamont (1997). Kava: The Pacific Elixir: The Definitive Guide to Its Ethnobotany, History, and Chemistry. Inner Traditions / Bear & Co. m/s. 58. ISBN 978-0-89281-726-9.
  10. ^ Applequist, Wendy L.; Lebot, Vincent (25 April 2006). "Validation of Piper Methysticum var. wichmannii (Piperaceae)". Novon: A Journal for Botanical Nomenclature. 16 (1): 3–4. doi:10.3417/1055-3177(2006)16[3:VOPMVW]2.0.CO;2.[pautan mati]
  11. ^ a b Ross, Malcolm (2008). "Other cultivated plants". Dalam Ross, Malcolm; Pawley, Andrew; Osmond, Meredith (penyunting). The lexicon of Proto Oceanic: The culture and environment of ancestral Oceanic society. Volume 3: Plants. Pacific Linguistics. m/s. 389–426. ISBN 9780858835894. |volume= has extra text (bantuan)
  12. ^ Lebot, V.; Lèvesque, J. (1989). "The Origin and Distribution of Kava (Piper methysticum Forst. F., Piperaceae): A Phytochemical Approach". Allertonia. 5 (2): 223–281.
  13. ^ "*Kava ~ *Kavakava". Te Mära Reo: The Language Garden. Benton Family Trust. Dicapai pada 15 January 2019.
  14. ^ a b Sarris J, LaPorte E, Schweitzer I (2011). "Kava: a comprehensive review of efficacy, safety, and psychopharmacology". Aust N Z J Psychiatry. 45 (1): 27–35. doi:10.3109/00048674.2010.522554. PMID 21073405. S2CID 42935399.
  15. ^ "Kava". Drugs.com. 3 Januari 2018. Dicapai pada 12 Januari 2018.
  16. ^ Cairney, Sheree; Clough, Alan R; Maruff, Paul; Collie, Alex; Currie, Bart J; Currie, Jon (2003-02-14). "Saccade and Cognitive Function in Chronic Kava Users". Neuropsychopharmacology (dalam bahasa Inggeris). 28 (2): 389–396. doi:10.1038/sj.npp.1300052. ISSN 0893-133X. PMID 12589393.
  17. ^ LaPorte, E.; Sarris, J.; Stough, C.; Scholey, A. (2011-03-01). "Neurocognitive effects of kava (Piper methysticum): a systematic review". Human Psychopharmacology. 26 (2): 102–111. doi:10.1002/hup.1180. ISSN 1099-1077. PMID 21437989. S2CID 44657320.
  18. ^ Kilham, Christopher S. (1 Jun 1996). Kava: Medicine Hunting in Paradise: The Pursuit of a Natural Alternative to Anti-Anxiety Drugs and Sleeping Pills (dalam bahasa Inggeris). Inner Traditions / Bear & Co. ISBN 9781620550342.
  19. ^ Baker, Jonathan D. (2011-06-01). "Tradition and toxicity: evidential cultures in the kava safety debate". Social Studies of Science. 41 (3): 361–384. doi:10.1177/0306312710395341. ISSN 0306-3127. PMID 21879526. S2CID 33364504.
  20. ^ a b "Kava: a review of the safety of traditional and recreational beverage consumption" (PDF). Food and Agriculture Organization of the United Nations and World Health Organization, Rome, Italy. 2016.
  21. ^ Kuchta, Kenny; Schmidt, Mathias; Nahrstedt, Adolf (1 Disember 2015). "German Kava Ban Lifted by Court: The Alleged Hepatotoxicity of Kava (Piper methysticum) as a Case of Ill-Defined Herbal Drug Identity, Lacking Quality Control, and Misguided Regulatory Politics". Planta Medica. 81 (18): 1647–1653. doi:10.1055/s-0035-1558295. ISSN 1439-0221. PMID 26695707.
  22. ^ Showman, A. F.; Baker, J. D.; Linares, C; Naeole, C. K.; Borris, R; Johnston, E; Konanui, J; Turner, H (2015). "Contemporary Pacific and Western perspectives on 'awa (Piper methysticum) toxicology". Fitoterapia. 100: 56–67. doi:10.1016/j.fitote.2014.11.012. PMID 25464054.